100 Wanita Pelbagai Kaum Dirai Sempena Hari Ibu

Pelbagai Acara Warnai Sambutan Di Mydin MITC.

AYER KEROH, 10 Mei – Sempena Sambutan Hari Ibu yang di sambut baru-baru ini di seluruh dunia, Mydin Hypermarket, MITC, turut tidak diterkecuali melaksanakan tanggungjawab sosial mereka dengan menganjurkan Sambutan Hari Ibu.

Majlis perasmian Sambutan Hari Ibu bagi meraikan kira-kira 100 wanita pelbagai kaum itu disempurnakan oleh isteri Ketua Menteri, Datin Wira Asmah Abd Rahman. Hadir sama pada majlis itu, isteri Speaker Dewan Undangan Negeri, Datin Wira Halimah Baba; Isteri Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Faridah Jaafar; Ketua Wanita MIC Negeri, Santha Basil dan Pengurus Besar Mydin MITC, Sreedran Sankaran.

Pelbagai aktiviti diadakan pada program tersebut yang bermula seawal jam 10 pagi itu seperti pertandingan merebut kerusi, congkak, pertandingan memasak, pertandingan makan jelly, pertandingan makan nuget, pertandingan makan aiskrim, pertandingan teka gaya, pertandingan make-up ibu, persembahan magic show dan penyampaian sumbangan kepada kaum ibu diraikan.

Di samping, majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan nyanyian dari Hashmita, Bintang Kecil dan persembahan kebudayaan dari Kelab Seni Skill Tech Durian Tunggal. Selain itu, program ini juga merupakan satu penghormatan yang tinggi kepada kaum ibu meraikan dan menghargai golongan tersebut.

ibu

ibu

ibu