40 ANAK YATIM BELI BAJU RAYA

Source: Harian Metro - 10 August 2012

MELAKA: Sambutan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat 40 anak yatim dari dua rumah kebajikan di Jasin apabila mereka dibawa membeli baju raya di Pasaraya Besar Mydin, Ayer Keroh, di sini, baru-baru ini. Semua anak yatim itu dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Daerah Jasin dan Rumah Tunas Harapan Semarak Kasih, Bemban dan masing-masing menerima baucar pembelian barangan keperluan bernilai RM100 sumbangan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah. Selain itu, golongan kurang bernasib baik itu menerima duit raya yang disumbangkan Ahmah bagi membolehkan mereka menambah keperluan bagi merayakan Aidilfitri bersama ahli keluarga. 40