600 suri rumah dilatih jana pendapatan

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediakan peruntukan sebanyak RM600,000 kepada Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS) sebagai satu inisiatif 1AZAM -Azam Niaga menerusi program Ekonomi Menjana Aspirasi Keluarga (eMAK).
Source: Harian Metro - 21 March 2011

 

BANTU- Sharizat (dua dari kanan) MOU dengan pihak korporat dalam Program eMAK, Semalam

SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediakan peruntukan sebanyak RM600,000 kepada Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS) sebagai satu inisiatif 1AZAM -Azam Niaga menerusi program Ekonomi Menjana Aspirasi Keluarga (eMAK).

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, program anjuran bersama KPWKM dan YKS itu bagi membantu golongan suri rumah daripada keluarga berpendapatan rendah menjana pendapatan dari rumah berasaskan konsep ‘small office, home office (Soho) menerusi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.“Sejak Oktober lalu, seramai 600 suri rumah dari sekitar Lembah Klang dilatih kemahiran memasak bakeri, menjahit, sulaman manik dan kraf bunga dip.

Langkah ini penting dalam usaha kerajaan mengiktiraf wanita, khususnya suri rumah yang sekian lama memberi sumbangan kepada ekonomi negara. Mereka kumpulan perintis di bawah kelolaan YKS yang mensasarkan pembasmian kemiskinan bandar yang juga salah satu teras Nilai Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah KPWKM, katanya pada sidang media selepas melancarkan program eMAK dan portal www.emak.com.my di Sekolah Kebangsaan Jalan U3 di sini, semalam.

Hadir sama Presiden YKS, Zamzarina Zambri.Shahrizat berkata, program eMAK bukan saja menyediakan latihan kepada peserta malah mereka turut dibantu dalam aspek kemahiran penggunaan Internet sebagai saluran pemasaran melalui portal eMAK di www.emak.com.my.Portal berkapasiti besar ini menyediakan ruang mempromosi produk dan perkhidmatan mereka secara percuma yang bukan saja memberi kelebihan kepada peserta, malah sebagai pilihan kepada pengguna internet untuk mendapatkan produk secara terus pada harga berpatutan.

Justeru, usaha KPWKM ini sekali gus dapat mengurangkan jurang digital di kalangan golongan ini kerana semua peserta program, katanya. Pada majlis sama, memorandum persefahaman turut termeterai antara YKS dengan pihak korporat iaitu Mydin, Elestar Sdn Bhd, Arena Butik dan Kolej Poly-Tech Mara sebagai Rakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) program eMAK yang akan terbabit membantu mempromosi dan memasarkan produk hasil usahawan eMAK.HIDUP WANITA…!!!