MYDIN Lebar Sayap ke Kedah

Source: Sinar Harian - 16 March 2012

Mydin Mohamed Holdings Berhad kini memiliki lapan pasar raya besar, apabila cawangan terbarunya di Taman Saga, di AlorSetar, memulakan operasi semalam. Pengurus Besar MYDIN cawangan utara, Azmin Saduruddin berkata, syarikat itu membelanjakan RM34 juta untuk membina pasar raya itu dengan sasaran jualan RM10 juta sebulan.

“Kita memilih Taman Saga kerana lokasinya berdekatan penempatan penduduk serta Lebuhraya Utara Selatan,” katanya selepas majlis pembukaan pasar raya itu yang dirasmikan Pengasas dan Pengerusinya, Mydin Mohamed. Menurutnya, pasar raya besar itu mula dibina 10 bulan lepas dengan keluasan 104,000 kaki persegi, turut menempatkan pelbagai kemudahan seperti surau, tandas, medan selera serta 16 lot gerai di dalam pasar raya dan 18 lot bazar di luar pasar raya yang menjual pakaian, tudung, kedai optik dan gerai makanan.