1 Malaysia Privilege Card

  • 1Malaysia Privilege Card telah diperkenalkan sebagai kad diskaun kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM terdiri daripada Tentera Darat, Laut dan Udara) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengurangkan beban kos sara hidup. Seterusnya, penggunaan kad ini akan diperluaskan kepada perkhidmatan lain seperti guru, jururawat dan lain-lain kumpulan sasar.
  • Kad ini merupakan satu inisiatif National Blue Ocean Strategy di mana ianya merupakan kerjasama di antara Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.
  • Melalui 1Malaysia Privilege Card tersebut, pemegang kad akan menikmati diskaun bagi perkhidmatan dan barangan tertentu. Bagi Syarikat swasta yang menyertai program ini, mereka juga dapat meluaskan lagi pasaran jualan produk dan perkhidmatan dengan akses kepada lebih 500,000 anggota keselamatan dan ahli keluarga yang terlibat. Kad ini telah diperkenalkan di Majlis Pelancaran Rasmi di PICC Putrajaya pada 7 Ogos 2012 dan boleh digunakan serta merta.
  • Untuk maklumat lanjut mengenai 1Malaysia Privilege Card, sila layari www.1MPrivilege.my • Penggunaan 1 Malaysia Privilege Card di MYDIN?
  • “Harga Istimewa” hanya akan diberikan kepada pemegang 1Msia Privilege Card yang membawa kad tersebut ke kaunter sebelum membuat pembayaran. Pihak MYDIN berhak untuk meminta kad perkhidmatan ATM/PDRM sebagai tanda pengesahan.
  • 1Msia Privilege Card tidak boleh ditukar milik.
  • Tiada mata ganjaran akan diberikan untuk sebarang pembelian menggunakan 1Msia Privilege Card di MYDIN.
  • Harga istimewa hanya diberikan kepada barangan bukan makanan sahaja, kerana harga barangan makanan yang ditawarkan adalah sememangnya kompetitif dan istimewa.


Kategori barangan bukan makanan adalah :-

  1. Pelbagai (contohnya : bahan pencuci, syampu, produk kesihatan) 
  2. Pakaian (contohnya : baju, kasut, beg, pakaian dalam, langsir, barangan muslim , perabot) • Alat Tulis (contohnya : buku, pensil, pen, peralatan pejabat)
  3. Barangan am (contohnya : Sikat, Kelengkapan Wanita seperti Kerongsang)
  4. Barangan isi rumah (Mop, Penyangkut baju, berus, set gelas , set teh dan set makan malam)
  5. 1Msia Privilege Card boleh digunakan di semua cawangan MYDIN kecuali Mydin Melaka Bazaar, Mymydin dan Mymart.
  6. Untuk mengetahui lokasi cawangan kami, sila layari laman sesawang www.mydin.com.my .
  7. Untuk maklumat promosi dan informasi terkini, ikuti kami di www.facebook.com/MydinMalaysia.
  8. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungilah MYDIN Careline di talian 1300308786.