Mydin tambah cawangan di Kelantan

MYDIN Mohamed Holdings Bhd (Mydin) akan membuka satu cawangan di Daerah Pasir Mas, Kelantan pada tahun hadapan, yang akan menjadikannya cawangan kelima di negeri ini.
Source: Sinar Harian - 22 March 2011

MYDIN Mohamed Holdings Bhd (Mydin) akan membuka satu cawangan di Daerah Pasir Mas, Kelantan pada tahun hadapan, yang akan menjadikannya cawangan kelima di negeri ini.

Mydin kini mempunyai empat cawangan lain, iaitu dua di daerah ini dan masing-masing satu di Rantau Panjang dan di Kubang Kerian. Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata cadangan pembukaan cawangan di Pasir Mas itu telah diluluskan kerajaan negeri dan pembinaannya akan dimulakan pada tahun depan. Bagaimana pun, kos pembinaannya belum diputuskan”, katanya di Kota Baharu, semalam.

Selain itu, katanya satu lagi cawangan baru dijangka dibuka di Tunjong, dekat sini, yang masih dalam proses cadangan awal dan belum diluluskan. Mydin menjalankan aktiviti perniagaan dan pemborongan di dalam penjualan barangan yang merangkumi makanan, peralatan rumah, pakaian, barangan elektrik, permainan, barangan dan lain-lain. Sehingga kini, Mydin mempunyai 74 cawangan diseluruh negara termasuk lima pasaraya besar, 17 emporium, dua bazar, 36 mini pasaraya, lapan kedai My Mart dan enam francais Mydin Mart.- BERNAMA