Wujud Akta Halal Sendiri

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mewujudkan akta halal sendiri dibawah bahagian hab halalnya untuk memberi focus memantapkan lagi industry halal Negara.
Source: Utusan Malaysia - 26 April 2011

Jakim ada kuasa saman syarikat guna logo, sijil halal palsu – Jamil Khir

PUTRAJAYA,25 April – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mewujudkan akta halal sendiri dibawah bahagian hab halalnya untuk memberi focus memantapkan lagi industry halal Negara.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SerI Jamil Khir Baharom berkata,akta tersebut masih di peringkat pengubalan oleh penasihat undang – undang Jakim dan Pejabat Peguam Negara.

Katanya, melalui akta baru itu, Jakim akan mempunyai kuasa mutlak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana –mana pihak yang didapati melanggar undang –undang tersebut.

“Sebelum ini industri halal merupakan perkara baru, oleh itu fokusnya tidak meluas hanya terhad kepada aspek penyembelihan dan penyediaan makanan sahaja.“Melalui akta baru ini kita boleh ambil tindakan terhadap syarikat tempatan dan luar Negara yang menggunakan logo dan sijil halal palsu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menhadiri majlis Ucapan Dasar oleh Ketua Pengarah Jakim yang baru, Othman Mustapha, di sini hari ini. Dalam pada itu, Jamil Khir berkata, Jakim sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk melatih dan member tauliah kepada pegawai penguatkuasanya.

“KPDNKK telah melatih 62 pegawai Jakim sejak dua bulan lalu untuk menguatkuasakan sijil halal dan mengambil tindakan undang – undang sejurus Akta Perihal Dagangan 1072 dipinda di Parlimen pada Jun ini,”katanya.