Jakim tidak iktiraf 'bir halal'

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada pengeluar produk minuman 'bir halal' di negara ini
Source: Kosmo - 31 May 2011

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada pengeluar produk minuman 'bir halal' di negara ini.Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, Jakim juga tidak mengiktiraf sijil halal daripada syarikat produk minuman yang diimport dari negara Timur Tengah itu.

"Ini kerana produk minuman berkenaan tidak menepati piawaian dan prosedur makanan halal mengikut Standard Halal Malaysia MS 1500:2009," jelasnya dalam satu kenyataan di sini semalam. Beliau mengulas laporan akhbar mengenai penjualan produk minuman jenis bir yang kononnya halal dan banyak dijual di restoran tumpuan umat Islam termasuk yang menghidangkan sajian nasi Arab.

Berdasarkan kajian, ada produk yang diimport dari negara Arab itu didakwa mempunyai kandungan alkohol 0.05 peratus dan adalah haram diminum oleh pengguna Islam kerana melepasi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.Sehubugan itu, Othman menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dalam membuat pilihan termasuk memilik produk yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf kerajaan sahaja.

"Jangan terpengaruh dengan pengusaha yang suka membuat dakwaan halal sendiri atau “self declaration” terhadap produk mereka bagi menarik pembeli", jelasnya. Sementara itu, dalam satu majlis di Ipoh semalam, Othman berkata, Jakim akan meminta kerjasama pihak pengurusan pasar raya atau restoran supaya meletakkan minuman itu dirak produk tidak halal."Kita boleh menasihatkan orang ramai supaya jangan minum air itu tetapi aspek penguatkuasaan bukan di bawah Jakim&", katanya Bagaimanapun, menurut Othman, Jakim tidak boleh halang mana-mana premis menjual bir kerana mungkin ia untuk bukan Islam. Menurut Othman, umat Islam mesti mendapat maklumat sewajarnya mengenai kandunggan sebenar bir halal itu ledih-lebih lagi ia makin mudah diperoleh dengan harga Cuma RM3 keatas sebotol.