Pekerja Mahir : Malaysia Jauh Ketinggalan

Source: Sinar Harian - 20 October 2011

Hanya 28 peratus daripada 12 juta pekerja di Negara ini berkemahiran tinggi dalam bidang diceburi mereka dan jumlah itu jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Negara terdekat termasuk Singapura. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, peratusan itu meliputi semua sector termasuk perkhidmatan, perladangan, industry dan pembuatan.

Katanya, Singapura ketika ini merekodkan 50 peratus pekerja berkemahiran tinggi manakala Hong Kong dan Taiwan mencatat 40 peratus daripada keseluruhan jumlah tenaga kerja mereka. “Kementerian ada menyediakan latihan untuk lepasan sekolah menengah dan juga skim-skim latihan untuk mereka yang sudah bekerja bagi memenuhi keperluan itu,” katanya. Beliau berkata, bagi yang sudah bekerja mereka diuruskan oleh Pembangunan Sumber Manusia Bhd yang berfungsi di bawah Kementerian.

“Syarikat yang menyumbang levi kepada perbadanan itu boleh memohon semula untuk menggunakannya bagi melatih, meningkatkan kemahiran sedia ada atau melatih pekerja mereka dengan kemahiran baru. “Ini supaya mereka dapat mengikut perubahan-perubahan semasa. Kita dapati sekiranya ini tidak dilaksanakan kerana ada sebahagian majikan sibuk atau terlalu fokus kepada perniagaan, mereka tidak memberi perhatian kepada hal melatih tenaga kerja”, katanya pada sidang media selepas Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan measmikan Pusat Latihan Mydin Retail Academy (MYRA) di MYDIN Mall USJ semalam.