300 Penunggang sertai HotFM Yeah – Yeah Tour

Source: Berita Harian - 07 January 2012

KUALA TERENGGANU: Lebih 300 penunggang daripada pelbagai kelab basikal di negeri ini semalam mengambil bahagian dalam program Kayuhan HotFM Yeah – Yeah Tour Terengganu sempena kempen pengenalan stesen radio itu yang mula bersiaran di Pantai Timur termasuk negeri ini sejak 2 Januari lalu.

Program kayuhan sejauh 12 kilometer dari Hotel Permai, melalui beberapa utama termasuk Jalan Pantai Batu Buruk, Pasar Besar Kedai Payang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Hiliran dan berakhir di MYDIN Mall.

Turut sama berkayuh ialah Pengurus Besar Permai Hotel, Azman Ali yang juga pengerusi kelab basikal Team 1Permai, pelbagai kelab tempatan serta penyampai HotFM termasuklah Farah Fauzana, Faizal Ismail, Tini, Leya, Kiran dan Ikhwan.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul, berkata selain program kayuhan, kemuncak program promosi HotFM di Terengganu digamatkan dengan mini konsert mulai jam 3 petang di Mydin Mall, menampilkan artis termasuk Rahmat Mega, Black Mentor, Adam dan VIP.