Akta halal beri lebih kuasa kepada Jakim

Undang-undang baharu yang dgubal untuk memperkemaskan industry halal Negara akan memberi lebih kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menguat kuasa penggunaan dan pengeluaran logo halal di negara ini.
Source: Kosmo - 26 April 2011

Jamil Khir halal

PUTRAJAYA – Undang-undang baharu yang dgubal untuk memperkemaskan industry halal Negara akan memberi lebih kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menguat kuasa penggunaan dan pengeluaran logo halal di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata undang-undang itu sedang dalam proses penggubalan oleh Penasihat Undang-Undang Jakim dan Pejabat Peguam Negara.

“Akta itu akan meliputi tindakan undang-undang dan penguatkuasaan kerana dulu tidak boleh ambil tindakan kepada mana-mana individu, syarikat swasta atau mana-mana syarikat luar yang mengeluarkan sijil kerana peruntukannya tidak diperkemaskan,” katanya di sini semalam.

Beliau menjangka urusan mengenai akta itu dapat diselesaikan di peringkat Jakim pada tahun ini tetapi akan mengambil tempoh tertentu sebelum dibentang di Parlimen.