“Beri peluang kepada Mydin untuk membantu”

Source: Berita Harian - 08 October 2012

KUALA LUMPUR 7 Okt - Polemik Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) perlu dihentikan serta merta bagi memberi ruang kepada pengendalinya, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) meneruskan usaha membantu golongan berpendatapan rendah. Presiden Persatuan orang Kota Bharu (POKB), Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad, berkata selama ini.

Mydin melaksanakan usaha murni itu bagi mendokong janji kerajaan membantu meringankan beban hidup golongan berpendapatan rendah. “Beri peluang kepada Mydin untuk membantu kerajaan menjadikan KR1M sebagai jaringan kdai yang dapat membantu golongan berpendapatan rendah terutama di bandar besar, sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Surat sokongan “Malah, POKB juga menerima banyak surat sokongan, emel serta SMS (khidmat pesanan ringkas) daripada ahli di sekitar Lembah Klang dan Selangor yang dapat menikmati kebaikan menerusi penubuhan KR1M,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Baru-baru ini, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, kesal kerana Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, mendakwa pihaknya memanapoli KR1M dan premis itu juga membunuh sector peruncitan tempatan. Sehubungan itu, Sheikh Ahmad Dusuki berkata, POKB kecewa dengan dakwaan kepimpinan pembangkang yang mempolitikkan isu KR1M dan berharap Mydin akan terus komited dan tidak berputus asa dengan kritikan sedemikian.

“POKB berharap Tony Pua khususnya dan mana-mana pihak amnya, yang memerlukan maklumat berhubung KR1M hanya dapat berjumpa pengurusan Mydin dan mendapat penjelasan lebih terperinci mengenai operasi KR1M supaya fakta benar dapat disampaikan kepada rakyat tanpa menjadikan KR1M agenda politik sempit. “Tindakan beliau (Pua) mempertikaikan usaha Mydin menyebabkan rakyat keliru dengan objektif utama kerajaan dan Mydin dalam mendokong usaha murni ini untuk meringankan bebanan sara hidup golongan berpendapatan rendah,” katanya.