Bernas perkukuh produktiviti padi menerusi NKEA

PADIBERAS Nasional Bhd (Bernas) semalam menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) untuk melaksanakan bersama aktiviti komersial Projek Permulaan 10 dalam program Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).
Source: Harian Metro - 09 March 2011
Dato' Ameer Ali….Rancang buka lagi 14 hipermarket

PADIBERAS Nasional Bhd (Bernas) semalam menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) untuk melaksanakan bersama aktiviti komersial Projek Permulaan 10 dalam program Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).Projek itu bertujuan memperkukuh produktiviti penanaman padi di kawasan Mada menerusi program NKEA berdasarkan perjanjian usaha sama, pemegangan saham serta perjanjian lain.

MoU ini berkuat kuasa selama 12 bulan mulai tarikh pemeteraian dan mungkin dilanjutkan jika dipersetujui semua pihak,katanya ketika mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai sembilan projek baru di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Kuala Lumpur, semalam.Bernas berkata, lembaga pengarah berpendapat MoU itu dilaksanakan dengan meletakkan kepentingan terbaik kepada Bernas dan pemegang sahamnya.

Sementara itu, Mydin Mohamed Holdings Bhd pula merancang untuk membuka 14 hipermarket atau pasar raya besar yang baru di seluruh negara dalam masa beberapa tahun akan datang dengan melabur RM1.4 bilion.Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, kumpulan juga merancang untuk memperoleh kira-kira RM350 juta melalui terbitan bon bagi membiayai rancangan itu, tetapi enggan mengulas lanjut.Beliau berkata, jumlah berkenaan boleh membiayai tiga hipermarket, satu di Seremban dan dua di Johor Bahru.-Bernama