ext2 ext3 ext4
Choose your language:
ENGLISH | B.MALAYSIA
Main  >  Mydin sasar jualan produk PKS meningkat 15 peratus - BH


11th February 2010 | Berita Harian

Murad (kiri), Pengerusi Penganjur KTRC, Dr Dayal Krishnan (tengah) dan Philip Lee (dua dari kanan) bermesra dengan penerima bantuan kerusi roda Ahmad Fahrul Zulkifli 8, danabangnya, Zul Asyraaf 10.
Mydin sasar jualan produk PKS meningkat 15 peratus
Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), pengendali rangkaian pasar raya Mydin, mensasarkan jualan produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di tiga pasar raya besar dan 41 pasar rayanya akan meningkat 15 peratus tahun ini sejajar komitmennya untuk membangunkan usahawan tempatan.

Tahun lalu ia meraih jualan sebanyak RM55 juta daripada pelbagai produk PKS seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Bagi menyemarakkan lagi jualan produk PKS, syarikat itu akan menggiatkan kempen termasuk menyediakan ruang pameran khas di semua premisnya, termasuk di pasar raya besar keempat yang akan dibuka di Kubang Kerian, Kelantan Mac ini.

Pengarah Eksekutifnya Murad Ali Mydin, berkata sambutan pelanggan terhadap pelbagai barangan keluaran PKS di seluruh negara cukup menggalakkan dan semua pengurus pasar raya Mydin diminta menyediakan ruang pameran khusus untuk barangan berkenaan.

"Antara produk makanan keluaran PKS yang mendapat sambutan ialah pelbagai jenis kerepek ubi, sos tomato, sos cili, serbuk kari dan keropok keping," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian kerusi roda anjuran Kelab ROtary negeri di pasar raya besar, Mydin Mall di Kuala Terengganu, kelmarin.

Hadir bersama Presiden Kelab Rotary Terengganu (KTRC), Philip Lee dan Pengurus Pasar Raya Besar Mydin Kuala Terengganu, Malek Mahiboob.

Mengenai rancangan pengembangan, Murad Ali berkata, syarikat itu bercadang membuka sebuah lagi pasar raya besar dan beberapa pasar raya di Terengganu dalam tempoh dua tahun akan datang.

Katanya, syarikat itu sedang mengenal pasti tapak sesuai untuk pembukaan pasar raya besar berkenaan dan antara kawasan yang dikenal pasti termasuk di Kemaman dan Hulu Terengganu.

© Copyright 2007. All rights reserved. Powered by