Main > Mydin jimat lebih 40% kos percetakan - utusan
|
Utusan Malaysia | March, 25th 2010
MYDIN JIMAT LEBIH 40% KOS PERCETAKAN
|
KUALA LUMPUR 24 Mac - Syarikat gedung rantaian runcit terkemuka Malaysia, Mydin Mohamed Holdings Bhd., menjangka berjimat sehingga 40 peratus dalam kos percetakan tahun ini.
Pengarah Teknologi Maklumatnya Malik Murad Ali berkata, syarikat itu berjimat kira-kira RM10,000 sebulan dalam kos percetakan menerusi penggunaan Lexmark Mnaged Print Services(MPS).
"Kami membelanjakan lebih RM50,000 sebulan bagi kos pencetakan sahaja.
"Dengan 6,500 kakitangan, ini akan memberikan perolehan yang besar kepada Mydin di tahun-tahun akan datang," katanya selepas kunjungan media ke pasar raya besar Mydin di Subang.
Lexmark MPS memberikan penjimatan 40 peratus dari segi kos pencetakan bagi Mydin berdasrkan kepada asas bulanan.
"Kami membuktikan penemuan ini menerusi keputusan yang kami peroleh antara Januari 2009 dan Januari tahun ini," kata Malik.
Mydin ketika ini mengusahakan 50 pasar raya di seluruh negara dan melaksanakan Lexmark MPS di ibu pejabat mereka di Subang Jaya, rumah gudang, pasar raya besar dan emporium syarikat yang terletak di 27 tapak di seluruh negara.
|
|
|
 |
|
|
|