ext2 ext3 ext4
Choose your language:
ENGLISH | B.MALAYSIA
Main  >  20 sen pelihara alam sekitar


Sinar Harian | April, 4th 2010

20 sen pelihara alam sekitar


Duduk dua dari kiri, S Manikawasagam, Elizabeth, Ahimmat dan Ehsan bersama kakitangan Pasar raya Mydin dan Ahli Majlis MPK

Klang - Lebih RM20 000 kutipan berjaya diperoleh dalam masa dua bulan pertama Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Selangor akan disalurkan untuk kerja-kerja kebajikan, memelihara dan juga memulihara alam sekitar bersama dengan NGO alam sekitar dan beberapa Jabatan berkaitan seperti Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, jumlah itu diperoleh daripada bayaran 20sen dari pembeli yang tidak membawa beg sendiri itu sememang telah dikhaskan untuk kerja kebajikan ini.

Katanya, kira-kira 2 juta beg plastik dijimatkan sejak kempen ini dimulakan awal tahun ini menerima sambutan hebat dari pihak peniaga dan pengguna.

"Bayaran tersebut akan disalurkan kepada program tanggungjawab sosial syarikat masing-masing ataupun diberikan kepada NGO-NGO alam sekitar.

"Sebagai contoh, Aeon Jusco telah mengutip sebanyak RM25 000 dalam masa dua bulan dan menyalurkan kepada program menanam pokok di Selangor, manakala Ikea & The Body Shop telah menyumbangkan pemungutan mereka kepada Malaysia Nature Society(MNS)," katanya.

Beliau berkata demikian sempena promosikan kempen Hari Tanpa Beg Plastik di Pasar raya Mydin Klang Plaza MPK, semalam.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holding BHD Ahimmat Mydin, Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam serta Timabalan yang Dipertua MPK, Ehsan Mukri.

Elizabeth berkata, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan jabatan penguat kuasa dan pelesenan dari pihak berkuasa tempatan untuk memantau peruncit yang mengambil bahagian.

"Kempen ini tidak sepatutnya sahaja di bandar tetapi juga di luar bandar, kita harap dalam masa terdekat kita dapat bergerak ke tempat-tempat lain seperti di Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sepang dan Hulu Selangor," katanya.

"Dengan kerjasama Pasar raya Mydin, kita berharap kita juga boleh bergerak keluar Lembah Klang untuk kempen ini dan kita menggalakkan lebih banyak syarikat untuk mengambil bahagian untuk mengurangkan beg plastik," katanya.

Beliau juga telah mengadakan mesyuarat bersama peserta-peserta Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Selangor baru-baru ini untuk membincangkan isu-isu berkenaan kempen tersebut.

Dalam mesyuarat tersebut, beliau menyeru kesemua peruncit  yang meyertai kempen ini supaya mematuhi syarat-syarat empen seperti kadar bayaran 20 sen, setiap hari Sabtu tanpa alasan..

Sehingga kini, Kerajaan Negeri mendapati lebih 50 peruncit, pusat membeli-belah dan pasar raya yang menyertai kempen Hari tanpa Beg Plastik.

© Copyright 2007. All rights reserved. Powered by