Elakkan Penipuan Gores Dan Menang

Source: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan (KPDNKK)
  1. Menghantar surat - Peniaga akan menghubungi pengguna melalui surat dengan mengatakan yang pengguna tersebut telah terpilih bagi peraduan yang dianjurkan oleh sesuatu syarikat. Bagi mengaburi mata pengguna, sindiket menyuruh datang mengambil hadiah atau promosi gores dan menang.
  2. Telefon - Taktik ini adalah lebih kurang sama dengan taktik menghantar surat. Panggilan telefon akan dibuat serta menerangkan tujuan panggilan dibuat di samping menerangkan faedah yang menarik.
  3. Kaunter promosi - Taktik ini digunakan oleh ejen yang dilantik oleh syarikat tertentu bagi memujuk pengguna untuk memasuki peraduan gores dan menang. Pengguna akan dijanjikan dengan pelbagai hadiah yang lumayan.
  4. Rumah ke rumah - Taktik ini digunakan oleh jurujual yang berkunjung dari rumah ke rumah dengan memperkenalkan dirinya sedang membuat penilaian sesuatu jenama. Jika pengguna terpedaya, jurujual mengambil kesempatan bagi mempromosikan barangan syarikat beliau di samping menggunakan paksaan atau ugutan.
  5. SMS - Ejen-ejen tersebut memperdaya pengguna dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) menggunakan telefon bimbit. Matlamat dan motif adalah sama untuk menipu. 

Pernyatan biasa sindiket gores dan menang:

  • “Tahniah anda adalah pemenang bertuah…”
  • “Anda telah terpilih untuk memenangi…”
  • Tempoh untuk anda menyertai peraduan ini adalah terhad…
  • Hadiah adalah lumayan seperti kereta, motorsikal, barangan elektrik dan sebagainya. • “Beli sekarang. Jika tidak, anda akan menyesal…”
  • “Tak sangka anda juga pemenang yang amat bertuah hari ini….”
  • “Kami sedang melakukan survey/kajian dan anda telah terpilih untuk mendapat hadiah…” Tip-tip mengelakkan tertipu:
  • Sentiasa berhati-hati apabila anda dikunjungi oleh jurujual/ejen yang menawarkan hadiah yang tidak munasabah nilainya.
  • Semak kad pengenalan ejen-ejen bagi mengetahui maklumat sebenar syarikat yang menjalankan skim gores dan menang seperti nama, alamat ejen dan nombor telefon syarikat.
  • Pengguna harus peka dengan kandungan iklan-iklan yang ditawarkan oleh ejen-ejen tersebut seperti nama, nombor lesen, nombor telefon, perihal barangan, harga, kos penghantaran dan masa penghantaran.
  • Pengguna perlu tahu dan faham tentang kendungan kontrak jualan yang dibuat oleh ejen/wakil jualan dan kontrak tersebut perlu dibuat secara bertulis serta ada penyertaan “tempoh bertenang/berfikir selama 10 hari bekerja.”
  • Ejen syarikat tidak dibenarkan mengunjungi mana-mana premis bagi tujuan merundingkan apa-apa jualan pada hari cuti umum dan cuti awam serta hari-hari lain di antara jam 7.00 malam hingga 9.00 pagi keesokan hari.