eMAK jana pendapatan 600 suri rumah miskin

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperuntukkan RM600,000 kepada Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS) melalui program perintis eMAK bagi menjana pedapatan suri rumah dengan menggunakan internet sebagai medium pemasatan.
Source: Berita harian - 21 March 2011
SHAHRIZAT pada majlis menandatangani memorandum antara Syarikat MYDIN, Elestar Kolej Poly-Tech MARA dan Arena Butik di karnival eMAK di Sekolah Kebangsaan Jalan U3, Subang Perdana, semalam

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperuntukkan RM600,000 kepada Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS) melalui program perintis eMAK bagi menjana pedapatan suri rumah dengan menggunakan internet sebagai medium pemasatan.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata melalui program perintis itu seramai 600 suri rumah daripada keluarga berpendapatan rendah di sekitar Lembah Klang Berjaya meningkatkan pendapatan keluarga mereka.Beliau berkata, peserta bukan saja diberi latihan kemahiran seperti menjahit dan memasak, malah berpeluang memasarkan produk dan perkhidmatan mereka secara percuma diportal eMAK iaitu

www.emak.com.my

Dengan cara itu, ia bukan saja memberi kelebihan kepada peserta eMAK, malah sebagai pilihan kepada pengguna internet untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan mereka secara terus dengan harga perpatutan. katanya.Beliau berkata, selepas melancarkan Karnival dan Portal eMAK di Sekolah Kebangsaan Jalan U3, Taman Subang Perdana, di sini, semalam. Turut hadir, Presiden YKS, Zamzarina Zambri.Shahrizat berkata, program itu antara usaha kerajaan melalui inisiatif 1AZAM untuk mengiktiraf wanita, khususnya suri rumah yang banyak memberi sokongan kepada ekonomi negara.

Beliau berkata, inisiatif itu penting kerana nilai kerja tanpa bayaran di Malaysia pada 2011 ialah RM209.5 bilion berasaskan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar semasa.Daripada jumlah itu, sebanyak RM157.1 bilion atau 75 peratus daripada kerja tanpa bayaran terbabit adalah sumbangan golongan wanita negara ini. Itu menunjukkan bahawa wanita perlu diiktiraf kerana memberi sumbangan besar kepada negara,katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap program eMAK itu dapat diperluaskan ke seluruh negara termasuk kawasan kampung bagi memastikan hasrat kerajaan meningkatkan taraf hidup penduduk untuk memacu negara kearah ekonomi berpendapatan tinggi tercapai.Katanya, kementerianya sentiasa menyokong penuh hasrat dan inisiatif badan bukan kerajaan (NGO) menjalankan program untuk membantu mengeluarkan keluarga yang tergolong dalam miskin tegar.