Hadiah buat Isteri

Pegawai polis menang Proton Exora Peraduan Maybank Senang Menang
Source: HARIAN METRO - 13 May 2011

 

harian metro - maybank senang menang

SUBANG JAYA: Impian seorang pegawai polis menghadiahkan isterinya sebuah kereta menjadi kenyataan apabila pemegang kad debit Maybank itu diumum pemenang utama kereta Proton Exora 1.6 AT, sempena kempen Peraduan Maybank Senang & Menang yang berakhir hujung Februari lalu.

Mior Faridalathrash Wahid 48, dari Shah alam mengakui terkejut dan gembira apabila dihubungi Maybank atas kemenangan itu dan menganggap ia rezeki dan hadiah buat isteri, Norqhadhijah Abdul Wahab, 30-an.

“Setiap bulan saya berbelanja menggunakan kad debit Maybank sehingga RM400 sebagai tanggungjawab kepada keluarga untuk membeli barangan keperluan dapur.

“Tidak sangka dengan jumlah berkenaan saya diberi hadiah sebesar ini dan ia adalah satu penghargaan buat saya dan keluarga daripada pihak mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah di Mydin Mall USJ, di sini semalam.

Turut menerima hadiah ialah cawangan Mydin yang berjaya mengumpul kutipan jualan tertinggi sepanjang peraduan berlangsung.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maybank merangkap Ketua Bahagian Kad dan Pinjaman Tanpa Jaminan, B Ravintharan berkata, kempen kali ketiga dijayakan bersama pusat beli-belah Mydin itu akan diteruskan pada masa akan datang.

“Kempen ini adalah penghargaan buat pengguna setia kad Maybank di samping berbelanja mereka berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan kami.

“Kami berharap kempen ini dapat dilaksanakn setiap tahun dan kerjasama daripada Mydin juga diharap dapat diteruskan sampai bila-bila,” katanya.

Selain itu, katanya Maybank turut mengadakan kempen Promosi Debit & Pandu Pulang Volkswagen Polo yang bermula awal April lalu dan bakal berakhir 30 September depan.