IKS perlu bimbingan

Syarikat swasta berskala besar disaran jalin kerjasama perkukuh rantaian bekalan industry halal.
Source: Harian Metro - 07 April 2011

 

LANCAR- Ismail Sabri (dua dari kiri), Mah(kiri), sambil diperhatikan Mukhriz dan Syed Jalaludin ketika Majlis Pelancaran MIHAS 2011 dan WHF 2011, semalam

Syarikat swasta berskala besar disaran jalin kerjasama perkukuh rantaian bekalan industry halal Kuala Lumpur: Syarikat swasta berskala besar disaran mengembangkan kemampuan sedia ada untuk muncul sebagai salah satu pembekal priduk halal selain membina hubungan dua hala dengan Negara luar yang mempunyai pengiktirafan halal bagi menyokong pertumbuhan industry halal tempatan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri ,Koperasi dan Pengguna ,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keperluan untuk membina dan membangunkan rantaian bekalan itu termasuk dalam memastikan kecukupan bekalan bahan beku, bahan ujian, sektor pergudangan dan perkhidmatan logistic. Beliau berkata,sejajar itu, semua Industri Kecil Sederhana (IKS) perlu dibimbimg syarikat besar untuk menjadi penjual dan pembekal secara berterusan kerana usaha ini dilihat dapat membantu dalam menguatkan rantai bekalan dalam perkembangan industry halal.

"Saya memuji usaha sesetengah syarikat besar seperti Nestle, Unilever, Tesco, Mydin dan Carrefour yang menyokong IKS dalam menjalankan urusan perniagaan dan perkembangan produk mereka kerana sememangnya itu adalah antara harapan saya untuk melihat lebih banyak syarikat besar membantu IKS dalam mengakses pasaran halal secara global.Saya yakin industri halal tempatan akan berkembang pesat ke peringkat antarabangsa sekiranya semua syarikat swasta berskala besar di Negara ini dapat menjalinkan kerjasama dengan IKS,"katanya ketika Majlis Pelancaran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia Kelapan (Mihas 2011) dan Forum Halal Antarabangsa (WHF 2011),di sini semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Mahathir; Ketua Setiausaha MITI, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria; Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia ( MATRADE), Datuk Mah Siew Keong dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), Tan Sri Dr Syed Jalaludin Syed Salim. Sementara itu, Ismail Sabri, berkata dua acara bertaraf dunia ini adalah platform penting untuk mengembangkan perdagangan selain menampilkan kepesatan industry halal Malaysia di persada dunia sekali gus dapat berkongsi maklumat mengenai keistimewaan dari Negara luar.