Kad Diskaun Siswa 1Malaysia

  • KDS1M diwujudkan oleh KPDNKK dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
  • KDS1M akan memberi manfaat kepada lebih kurang 1.5 juta orang pelajar IPT seluruh negara.
  • Inisiatif ini dilaksanakan bertitik tolak daripada cadangan yang telah dibentangkan oleh siswa dalam mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada 21 November 2011 yang lalu.
  • Majlis pelancaran KDS1M dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 2 Julai 2012 (Isnin), jam 4.40 petang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
  • Dalam melaksanakan inisiatif KDS1M ini, kerajaan tidak menanggung sebarang perbelanjaan dan merupakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi syarikat-syarikat yang memberikan diskaun serta Bank Rakyat yang mengeluarkan kad berkenaan.
  • Semua pelajar IPT awam dan swasta yang mengikuti pengajian jangka panjang peringkat sijil, diploma atau ijazah ke atas yang tempoh masanya satu (1) tahun dan ke atas.
  • Terpakai bagi IPT yang diiktiraf oleh KPDNKK, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian / Agensi lain yang berkaitan.

Contoh:

  • KPDNKK - Maktab Koperasi Malaysia (MKM) 
  • KPT - Universiti Malaya (UM), Politeknik
  • KSM - Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  • KKLW - Kolej Poly Tech MARA (KPTM)
  • KPM - Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Tempoh Sah

  • Tempoh sah (validity) KDS1M ialah semasa tempoh pengajian pelajar sahaja.
  • Pelajar akan mengembalikan kad KDS1M ke institusi pengajian masing-masing sesudah tamat tempoh pengajian.
  • Nota: Hanya untuk siswa/siswi warganegara Malaysia sahaja. Samada belajar sepenuh atau separuh masa.

Penggunaan kad KDS1M di MYDIN?

  • “Harga Istimewa” hanya akan diberikan kepada ahli KDS1M yang membawa kad tersebut dan terus ke kaunter pembayaran. Di atas budi bicara dari pihak Mydin, pihak kami memohon kepada semua ahli untuk membawa kad pengenalan diri sebagai rujukan untuk pengesahan.
  • Kad KDS1M tidak boleh ditukar/dikembalikan.
  • Mata ganjaran tidak dapat diberikan di dalam kad tersebut.
  • Harga istimewa/murah hanya diberikan kepada barangan bukan makanan sahaja, kerana harga yang tawarkan mempunyai banyak persaingan/adalah harga paling baik, rendah dan istimewa.

Kategori barangan bukan makanan adalah :-

  • Pelbagai (contohnya : bahan pencuci, syampu, produk kesihatan)
  • Pakaian (contohnya : baju, kasut, beg, pakaian dalam, langsir, barangan muslim)
  • Alat Tulis (contohnya : buku, pensil, pen, peralatan pejabat)
  • Barangan AM (contohnya : Sikat, Kelengkapan Wanita seperti Kerongsang)
  • Barangan isi rumah (MOP, Penyangkut baju, berus, set gelas , set teh dan set Makan malam)
  • Kad KDS1M boleh digunakan di semua cawangan MYDIN kecuali Mydin Melaka Bazaar, Mymydin dan Mymart.
  • Untuk mengetahui lokasi cawangan kami, sila layari ke www.mydin.com.my .
  • Untuk maklumat promosi dan iklan terkini, sertai kami di www.facebook.com/MydinMalaysia.

kad diskaun