Kad Komuniti Usahawan Tekun

Kad Tekun

 

TEKUN Nasional atau nama lainnya Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga adalah merupakan salah satu badan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.

TEKUN Nasional akan menjadi sebuah institusi pelaksana ( executing agency ) yang dinamik serta mampu memainkan peranannya dengan lebih berkesan bagi memenuhi matlamat penubuhannya selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera ( MPPB ).

 

Untuk keterangan lanjut sila layari https://www.tekun.gov.my