Kad Persatuan OKB

Sejarah penubuhan persatuan

Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) didaftarkan pada 31 Mei 2011 dengan no pendaftaran 2690-11-WKL. Idea penubuhann ini dicetuskan oleh penasihat persatuan YBhg Dato' Hj Mohamad Fatmi Hj Che Salleh . POKB pada hari ini bergiat aktif dalam membina jaringan di kalangan orang Kota Bharu yang bermastautin di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor dan terlibat paling aktif dalam kebajikan dan juga keusahawanan dikalangan orang-orang Kota Bharu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Matlamat

Tujuan matlamat Persatuan ini ialah menyatu padukan tenaga ahli Persatuan OKB (Orang Kota Bharu) yang terlibat dalam pelbagai bidang, jawatan, dan perniagaan untuk membentuk masyarakat yang bersepadu dan mewujudkan hubungan kerjasama dan jalinan maklumat dikalangan ahli bagi mempertingkatkan penglibatan dan sumbangan mereka dalam mencapai wawasan Negara.

Keahlian

Permohonan terbuka kepada mana-mana individual warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas yang lahir di Kota Bharu atau yang pernah belajar di Kota Bharu atau yang mengambil berat dan mempunyai rasa tanggungjawab tentang kemajuan dan hal ehwal Kota Bharu atau yang mempunyai mana-mana hubungan dengan orang Kota Bharu samada pertalian darah atau melalui perkahwinan dengan syarat hendaklah menetap atau bekerja di Kuala Lumpur, Putrajaya atau Selangor. Majlis pelancaran telah disempurnakan pada 17 June 2012. Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang www.okb.com.my

Bagaimana menggunakan kad OKB di MYDIN?
• Ahli OKB mestilah memberi kad keahlian kepada juruwang.
• Kod Bar akan diimbas & ahli OKB secara otomatik akan mendapat harga borong (PB3)
• Ahli akan mendapat harga borong untuk barangan tertentu sahaja dan bukan makanan.
• Ahli OKB tidak akan mengumpul mata ganjaran.
• Sah di cawangan MYDIN sahaja. Tidak sah di cawangan Mydin Melaka Bazar, MyMydin & MyMart.

OKB