Kempen “I Do” sayangi jantung

1,200 penduduk sekitar Subang Jaya dan lembah Klang membanjiri pasaraya Mydin Mall sehingga membentuk lautan merah bagi menyatakan “I Do” kepada jantung masing-masing.
Source: Sinar Harian - 09 June 2011

SUBANG JAYA - Hampir 1,200 penduduk sekitar Subang Jaya dan lembah Klang membanjiri pasaraya Mydin Mall sehingga membentuk lautan merah bagi menyatakan “I Do” kepada jantung masing-masing, baru-baru ini.

Pesta senam tari yang dianjurkan dengan kerjasama Nestle Omega Plus dan Mydin itu untuk memperlihatkan gaya hidup sihat selain meningkatkan kesedaran menitikberatkan diet mesra jantung serta aktiviti fizikal.Sarapan pagi menyihatkan turut disumbang Mydin dalam usaha menggalakkan pemakanan sihat dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.Peserta melakukan hampir 20 jenis tarian dengan dibimbing pengajar “line dance”, Liew Peng Wah.

Malah untuk menjamin mereka dalam keadaan sihat, pemeriksaan kolesterol percuma turut ditawarkan sebelum mereka melakukan senam tari yang rancak. Petua pemakanan untuk jantung yang sihat turut dikendalikan Pakar Pemakanan Korporat Nestle, Cher Siew Wei kepada peserta yang hadir. Turut sama dalam program itu, Pengurus Kanan Mydin, Norman Rajen, Pengurus Kumpulan Rangkaian Pembangunan Jualan, Fiona Rica dan Pengurus Media Nestle, Raja Nurmaria Murni.

line dance