Kempen Kad Debit Maybank semakin menarik

Source: KOSMO! - 13 May 2011

 

kosmo - maybank senang menang

SUBANG JAYA: Malayan Banking Bhd. (Maybank) mendapat perbelanjaan menggunakan kad debitnya telah meningkat sebanyak 27 peratus di rangkaian pasar raya Mydin Mohamed Holdings Bhd. (Mydin) bersempena penganjuran kempen Senang Menang di Mydin berbanding tempoh empat bulan sebelum ia diadakan. Menurut Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Kad serta Pembiayaan Tidak Bercagar Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, B. Ravinthran, sebanyak lebih 100, 000 penyertaan telah diterima pada kempen yang telah berakhir pada 28 Februari lalu. “Penganjuran kempen bersama Mydin yang kini memasuki kali ketiga ini bertujuan meningkatkan transaksi tanpa tunai melalui penggunaan kad debit untuk barangan dan perkhidmatan di kesemua rangkaian Mydin. Penyertaan terbuka kepada semua pelanggan yang membelanjakan nilai minimum RM50 dengan pembayaran dibuat melalui sama ada kad Maybankard Visa Debit, Maybankard MasterCard Platinum Debit ataupun kad mesin juruwang automatik Bankcard mereka,katanya pada majlis penyampaian hadiah kempen itu di sini semalam.