MERCU TANDA BARU MERU RAYA

Source: Utusan Malaysia - 10 August 2012

Bagi mereka yang belum pernah berkunjung atau mendengar mengenai MYDIN Meru Raya, untuk maklumat anda kompleks membeli belah itu adalah pasar raya MYDIN yang terbesar di Malaysia. Turut dikenali sebagai pasar raya termoden di negara ini, MYDIN kini menjadi mercu tanda terbaru di Meru Raya iaitu antara kawasan yang sedang pesat membangun di Perak. MYDIN Meru Raya berada di lokasi yang strategik dengan dikelilingi pelbagai kemudahan seperti Terminal Bas Bersepadu Meru Raya, Plaza Tol Jelapang Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), hotel, pusat komersial Taipan 3, sekolah antarabangsa, kompleks jabatan kerajaan dan kawasan perumahan dengan populasi melebihi 100,000 orang.

1 Kehadiran pasar raya yang dimiliki Mydin Mohamed Holdings Berhad itu memberikan alternatif kepada penduduk untuk membeli-belah selain meningkatkan gaya hidup penduduk di sekitar Meru, Jelapang, Chemor, Ipoh dan Kuala Kangsar khususnya serta penduduk di seluruh Perak amnya. Berbanding pasar raya lain, MYDIN Meru Raya menawarkan pelbagai produk Halal serta produk 1Malaysia lantas menjadikannya sebagai pusat membeli belah pilihan ramai. Justeru, tidak hairanlah MYDIN Meru Raya diterima baik dan mendapat sambutan hebat daripada orang ramai sejak dibuka secara rasmi pada 18 Mei lalu. Ia merekodkan lebih 5,000 pengunjung pada hari-hari biasa dan belasan ribu orang pada hujung minggu serta cuti umum.

2 Bangunan setinggi 3 tingkat itu yang dibina dengan kos kira-kira RM200 juta mempunyai keluasan lebih 70,586 meter persegi termasuk ruang letak kenderaannya yang menawarkan 1,500 petak percuma. Selain pasar raya MYDIN, terdapat sebanyak 56 unit kedai jualan dan 23 bazaar disediakan di kompleks membeli belah itu.

3 Daripada segi kemudahan pula, Mydin Meru Raya mempunyai dua pentas persembahan iaitu satu dibahagian luar dan satu di bahagian dalam untuk penganjuran pelbagai acara termasuk pertandingan nyanyian dan persembahan artis yang biasa diadakan pada setiap hujung minggu. Selain itu, kemudahan lain seperti lif, surau, tandas, eskalator, sambungan internet Wi-Fi percuma, bilik prsalinan bayi, troli barang, almari barang dan khidmat kerusi roda percuma untuk pelanggan daripada golongan kurang upaya (OKU) turut disediakan.

Mesin pengeluaran wang automatik (ATM) juga akan disediakan selepas mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) begitu juga perhentian teksi yang bakal dibina selepas terminal bas beroperasi. Bagi memberikan keselesaan kepada pelanggan semasa membeli-belah MYDIN Meru Raya turut menyediakan pusat karaoke, boling, hiburan, restoran makanan segera dan medan selera Rasa Village yang menempatkan pelbagai jenis masakan Tempatan dan Barat.

RAMADAN DIHAYATI, SYAWAL DIRAI DI MYDIN MERU RAYA

Bagi penduduk utara Semenanjung terutamanya Perak yang masih tercari-cari tempat untuk membeli-belah keperluan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri patut mengunjungi pasar raya besar MYDIN di bandar Meru Raya, Jelapang Perak. Ini kerana MYDIN Meru Raya sedang membuat promosi jualan Ramadhan dan Aidilfitri selama sebulan bermula 19 Julai lalu dengan menawarkan harga lebih murah berbanding pasar raya lain.

Sempena promosi jualan Ramadan dan Aidilfitri, MYDIN Meru raya menawarkan pelbagai jenis kurma, kuih raya, baju Melayu, samping, baju kurung, kebaya, baju batik, jubah, songkok, kopiah, telekung, tudung, kain batik, kain pelikat, sejadah, kerongsang, minyak attar, perhiasan rumah dan perkakas dapur pada harga istimewa. Sebut sahaja apa yang diperlukan hampir semuanya ada dijual di MYDIN Meru Raya. Gedung beli-belah itu juga menjual pelbagai barangan untuk peniaga bazaar Ramadan seperti peralatan berniaga serta makanan sejuk beku seperti ikan dan daging yang segar pada harga borong. Menurut Pengurus Cawangannya, Sreedran Sankaran, MYDIN menjual begitu banyak barangan keperluan Muslim kerana lebih 80 peratus pelanggannya merupakan orang Islam.

“Kalau dibandingkan dengan pasar raya lain, MYDIN menjual banyak barangan keperluan orang Islam seperti baju kurung, baju Melayu, telekung, tudung, kain pelikat, kopiah dan sebgainya. “Terdapat pelbagai jenis barang dengan harga yang berbeza-beza mengikut kualiti sesuatu produk. Sebagai contoh, baju Melayu dewasa dijual dari harga serendah RM29.90 hingga RM99.90 dan kanak-kanak RM39.30 hingga RM49.90”, katanya. Sreedran berkata harga kuih raya di MYDIN ini juga lebih murah berbanding di pusat-pusat beli-belah yang lain. “Kita menjual 13 jenama kuih raya buatan pengusaha bumiputera manakala 15 jenis buah kurma diimport”, katanya.

7 Sementara itu, Ketua Bahagian Pakaian, Yong Kwee Wee memberitahu, sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri, pasar raya itu membawa masuk beribu-ribu pasang baju Melayu dan baju kurung untuk menampung keperluan orang ramai. Kita menyediakan lebih 6,000 pasang baju melayu dewasa, 4,000 kanak-kanak dan 6,000 baju kurung. Semuanya buatan tempatan. “Harga barangan tersebut adalah berpatutan dan ia diakui oleh ramai pelanggan kita,” katanya.

APA KATA MEREKA

2 Saya tinggal di Bercham. Sebelum ini, saya selalu pergi ke pasar raya lain tetapi sejak Mydin Meru Raya dibuka, saya datang ke sini. “Harga barangan di pasar raya ini murah. Selain itu,tempatnya juga selesa dan lapang. Tidak perlu berebut-rebut,” katanya. – KAMARIAH ARIFIN, 60 Pesara polis




2 “Saya memang suka pergi ke Mydin Meru Raya kerana barangan yang dijual di sini lengkap. Saya tidak perlu pergi ke banyak kedai untuk membeli barang yang diperlukan,” katanya. – MOHD AZHAM MOHD NORREZAN, 37. Juruteknik





3 Saya tinggal di Kajang, Selangor tetapi mengambil kesempatan singgah di Mydin Meru Raya semasa pulang ke kampung di Kuala Kangsar kerana ingin melihat sendiri pasar raya Mydin yang terbesar di Malaysia ini. “Saya dengar iklan di dalam radio dan baca akhbar mengenai Mydin Meru Raya ini. Saya lihat tempat ini menarik dan besar,” katanya – ISMAIL SALLEH, 59. Pesara kerajaan



4 Barang-barang yang dijual di Mydin Meru Raya ini murah dan memang berbaloi beli di sini. Boleh menjimatkan perbelanjaan bulanan,” katanya. – HASSAN RAZAK, 26. Kakitangan kerajaan




5 Harga di sini memang sangat berpatutan dan tidak terdapat di pasar raya lain. Dari segi susunan barangan juga menarik. “Sebagai orang Islam saya membeli di sini untuk memberi sokongan kepada peniaga Islam. Lagi istimewa, produk 1Malaysia yang murah ada jual di sini,” katanya. – SHAMSUL HAFIZ NORAINI, 28. Pegawai kerajaan



6 Saya suka pergi Mydin Meru Raya kerana semua barang yang saya mahu ada di sini dan harganya juga berpatutan,” katanya. – LATIFAH ABDULLAH, 50. Pegawai kerajaan