Minyak sawit, pertanian sektor tumpuan

Minyak sawit dan pertanian yang menjadi antara sektor yang diberi tumpuan dalam 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), menawarkan peluang cukup besar bagi pengembangan industry halal di Negara ini.
Source: Berita Harian - 07 April 2011

 

ISMAIL SABRI (kiri0 bersama Mukhriz mencuba sate Ayamasselepas merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2011 dan Sidang Kemuncak Penyelidikan Halal (WHRS 2011) di Kuala Lumpur, semalam

Kuala Lumpur : Minyak sawit dan pertanian yang menjadi antara sektor yang diberi tumpuan dalam 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), menawarkan peluang cukup besar bagi pengembangan industry halal di Negara ini.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia menawarkan potensi luas khususnya kepada sektor pengilangan makanan halal dan aktiviti berkaitan hiliran.“Memandangkan industri halal menunjukkan pertumbuhan berterusan, ia mampu menjadi lapangan kepada pelabur tempatan dan asing membangun dan memperluaskan perniagaan dalam industry halal tidak kira pertanian mahupun perladangan ,” katanya berucap pada majlis pelancaran Pameran Hala Antara bangsa Malaysia (MIHAS) 2011 DAN Sidang Kemuncak Penyelidikan Halal (WHRS 2011) di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir; dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Mah Siew Keong. Ismail Sabri berkata, sektor swasta juga perlu memanfaatkan piawaian halal yang dibangunkan menerusi Pelan Induk Industri Halal oleh kerajaan untuk meraih pasaran halal yang lebih luas pada peringkat antarabangsa.

Dalam konteks itu, katanya, kerajaan sudah membangunkan piawaian halal bagi sektor makanan, kosmetik, produk penjagaan kesihatan logistik serta farmaseutikal. “Pelan Induk itu juga merangkumi pembangunan rangka kerja peraturan dan infranstruktur, proses pensijilan serta tahap piawaian untuk pelbagai sektor pengilangan,” katanya. Beliau berkata , syarikat besar juga memainkan peranan dalam membantu meningkatkan keupayaan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjadi pembekal produk dan perkhidmatan halal kepada mereka menerusi program pembangunan vendor intensif.

“Langkah ini akan membantu memperkukuhkan rantaian bekalan bagi industri halal dan kementerian berharap lebih ramai syarikat besar akan melaksanakan program sama. “Kini, antara syarikat yang membantu PKS menerusi program pembekalan vendor ini ialah Nestle, Unilever, Tesco, Mydin dan Carrefour,”katanya. Sementara itu, Mukhriz berkata, program misi belian MIHAS 2011 menjana jualan serta merta dan potensi jualan berjumlah RM 56.62 juta pada hari pertama program itu berlansung, kelmarin. Katanya, sejumlah 552 pembeli antarabangsa dari 47 negara menyertai mesyuarat perniagaan itu tahun ini.