MYDIN agih 5,000 bubur lambuk kepada pengunjung MYDIN

Source: Kosmo - 18 August 2012

HARGAI. Pasar raya besar MYDIN Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka meneruskan tradisi mengagihkan 5,000 bungkus bubur lambuk kepada pengunjung pasar raya itu kelmarin. Pengurus MYDIN MITC, R. Apparavoo berkata, usaha itu sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan pasar raya besar itu tanpa mengira kaum selain menunaikan tanggungjawab sosial syarikat berkenaan. Majlis pengagihan bubur lambuk itu dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Muhamad. Sejumlah 50 orang kakitangan MYDIN bergotong-royong menyiapkan juadah tradisi setiap kali Ramadhan itu sejak pukul 9 pagi menggunakan 120 kilogram beras. kosmo