MYDIN bimbing 100 peruncit menerusi program TUKAR

SYARIKAT Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) akan membimbing 100 peruncit tahun ini di seluruh negara melalui program Transformasi Kedai Runcit (Tukar), satu program di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Source: Harian Metro - 23 February 2011

SYARIKAT Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) akan membimbing 100 peruncit tahun ini di seluruh negara melalui program Transformasi Kedai Runcit (Tukar), satu program di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin, berkata pihaknya menjangkakan jualan peruncit di bawah bimbingannya akan meningkat antara 40 dan 50 peratus selepas semua proses transformasi kedai runcit selesai dan peruncit menguasai kepakaran dalam bidang peruncitan melalui program bimbingan itu.

Dua kedai di Melaka (yang sudah ditranformasikan) dalam tempoh dua hari meningkatkan jualan lebih 30 peratus,katanya di Jasin, Melaka, baru-baru ini. Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dalam lawatan sehari ke Melaka melawat dua kedai runcit Mydin di Bandar Baru Merlimau yang terbabit program itu. Ameer Ali berkata, kedai berkenaan adalah dua kedai pertama di bawah bimbingan Mydin melalui program Tukar di seluruh negara. — Bernama