Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd., Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin berkata, pembukaan cawangan kedua selepas cawangan pertama di Bandar Baru Semariang di sini pada tahun lalu itu, ekoran sambutan baik yang diterima daripada penduduk negeri ini.

Katanya, sambutan menggalakkan itu turut mendorong pasar raya terbabit merancang mahu membuka tiga lagi cawangan baharu di Miri, Bintulu dan Sibu pada masa depan.

“Ketika ini, kita sudah mempunyai dua cawangan di bandar raya ini dan sebuah lagi sedang dalam pembinaan yang bakal dibuka pada akhir tahun ini.

“Kami juga meninjau beberapa kawasan di Sibu, Bintulu dan Miri yang dilihat berpotensi untuk mengembangkan lagi jenama Mydin di negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan pembukaan Mydin CityOne di sini, hari ini.