Mydin kukuh kedudukan

Mydin Mohamed Holdings Bhd. (Mydin) kini mengukuhkan lagi kedudukannya di Pulau Pinang dengan pembukaan sebuah pasar raya besarnya di Bukit Jambul di sini.
Source: Bernama - 14 January 2011

GEORGETOWN 14 Jan. - Mydin Mohamed Holdings Bhd. (Mydin) kini mengukuhkan lagi kedudukannya di Pulau Pinang dengan pembukaan sebuah pasar raya besarnya di Bukit Jambul di sini.

Kakitangan Mydin, Noor Dalila Arshad menunjukkan kad 'Meriah Silver' (kiri) untuk pemborong dan kad 'Meriah Blue' untuk orang ramai yang boleh didapati kaunter khas di ruang legar semasa pembukaan rasmi pasar raya besar Mydin baru di Georgetown, Pulau Pinang semalam.

Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, pasar raya besar Mydin yang kelima itu melibatkan pelaburan RM 22 juta dan merupakan pasar raya besar syarikat itu yang pertama di Pulau Pinang.

Katanya, Mydin berkeyakinan untuk mendapat perolehan RM 10 juta sebulan berdasarkan potensi kuasa beli di Pulau Pinang adalah tinggi kerana jumlah penduduknya yang ramai serta kawasan Bukit Jambul pula adalah sebuah kawasan yang sentiasa dikunjungi orang.

"Pasar raya besar ini mempunyai keluasan keseluruhan 150,000 kaki persegi dan kita juga menawarkan ruang niaga untuk disewa selain member I peluang kepada usahawan industry Kecil dan Sederhana (IKS) untuk berniaga dalam pasar raya besar itu di sini hari ini.
Beliau berkata, pasar raya besar itu menyediakan kemudahan untuk membeli barangan segar dan sejuk di samping pelbagai barangan keperluan dapur dan harian.

Dengan pembukaan pasar raya besar itu juga, Ameer berkata, Mydin juga menawarkan 500 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan selain bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi menyediakan ruang niaga kepada usahawan IKS yang bernaung di bawah lembaga itu.

Katanya, Mydin setakat ini telah member peluang perniagaan kepada lebih 500 usahawan IKS untuk menjual produk masing-masing seperti budu, kerepek dan belacan.

"Kita juga memberikan ruang yang strategik dalam pasar raya besar itu kepada usahawan IKS dan kebanyakan mereka kini telah Berjaya dan mampu untuk memasarkan produk masing-masing di pasaran luar ", katanya.
Beliau berkata, Mydin juga berhasrat untuk membuka sebuah lagi pasar raya besar di Bukity Mertajam dekat sini dalam tempoh dua bulan lagi setelah kerja-kerja perancangan mengenainya diluluskan kelak. Mydin juga mempunyai 68 cawangan emporium di seluruh Negara.