MYDIN Lokasi Tempat Membeli-Belah

Source: Utusan Malaysia - 26 September 2011

Mydin Lokasi tempat membeli belah
Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri selepas sebulan mengerjakan ibadat puasa. Sudah tentu ketika ini ramai daripada kita sedang sibuk membuat persiapan menyambut lebaran yang mulia. Namun, dalam kesibukan melunaskan kerja harian, pasti ada yang tidak mempunyai masa mencukupi untuk memikirkan persiapan Aidilfitri. Untuk itu, membeli-belah di rangkain Mydin adalah jawapan tepat kerana Mydin menawarkan segala-galanya dan paling penting, harganya yang berpatutan.

Ia bertepatan dengan tagline Mydin iaitu “Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong!” Bersempana Aidilfitri ini, Mydin menerusi kata-kata “Alami Dunia Perayaan Sebenar” tampil menyerlahkan kemeriahan Aidilfitri dengan pelbagai rangkaian perniagaanya seperti pasar raya besar, emporium, kedai serbaneka, pasar mini dan bazaar. Beroperasi di lebih 90 buah cawangan di seluruh negara, dari dahulu sehingga kini, tidak kira apa jua musim termasuk musim perayaan, kekuatan Mydin adalah penjualan barangan kegunaan amnya yang pelbagai. Selain koleksi pakaian, Mydin turut menyediakan pelbagai jenis kuih, batang baju Melayu, set majlis parti, langsir serta kusyen.

Ini termasuk pelbagai koleksi pakaianseperti baju kurung dan baju Melayu yang boleh digayakan sedondon dengan keluarga. Menurut Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, bagi koleksi pakaian, di Mydin segala-galanya ada. “Kita boleh pilih saiz dan warna pilihan. Kalau hendak sedondon dengan keluarga, semuanya kita sediakan. Ia sudah tentu berbeza jika kita beli di tempat lain. “Pelanggan kita pasti akan terkejut kerana kualiti dan reka bentuk baju yang ada di Mydin adalah berpatutan dengan harga yang ditawarkan,” katanya. Begitupun, beliau mengingatkan pembeli agar membeli belah awal bagi mengelakkan kesulitan di saat-saat akhir. Jelasnya, Mydin juga menawarkan harga barangan yang cukup murah menerusi rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia. Kedai berkenaan katanya menawarkan penjualan pelbagai barangan keperluan asas tanpa jenama, pada harga berpatutan berbanding banyak jenama lain yang terdapat dalam pasaran. Konsep Kedai Rakyat 1Malaysia inilah yang mampu memberi senyuman kepada golongan kurang berkemampuan untuk bersama menyambut Aidilfitri.