Nilai Untuk Wang

Source: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Panduan membeli-belah.

Antara persoalan penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli-belah ialah:

MENGAPA- Asas untuk membuat keputusan membeli
APA-Barangan atau perkhidmatan
BAGAIMANA-Tunai, pinjaman, hutang, bayaran bulanan
JENIS BARANGAN-Jenama apa dan siapa membuat
BERAPA-Kuantiti, bilangan, harga
BILA-Hujung minggu, hujung bulan, jualan tawaran sekarang
DI MANA-Pasar raya, gedungraya, kedai

Peringatan!

Barangan yang baik:

  • Tidak semestinya mahal
  • Tidak semestinya barang import
  • Tidak semestinya cantik pembungkusannya 
  • Tidak semestinya jenama terkenal 
  • Tidak semestinya kerap diiklan 
  • Tidak sukar dibeli jika anda bertindak sebagai pembeli yang bijak

Panduan memilih barangan

  • Anda berpeluang untuk membuat perbandingan dari segi harga 
  • Anda perlu mengambil perhatian mengenai harga seunit (unit price) 
  • Merujuk kepada harga seunit, anda dengan mudah dapat membandingkan harga 
  • Membuat perbandingan dari segi kualiti barangan.
  • Anda perlu mendapatkan maklumat barangan, membuat perbandingan dan penilaian ke atas setiap alternatif. 


Cara mengumpul maklumat:

  • Baca dengan teliti petunjuk seperti kandungan, kegunaan, perhatian, amaran, bahaya dan sebagainya.
  • Baca laporan (product review) mengenai barangan dalam majalah/akhbar dan juga internet.
  • Beri perhatian terhadap petunjuk yang ditetapkan atau dinyatakan oleh industri atau Kerajaan.
  • Dapatkan pengalaman dari teman atau saudara-mara yang berpengalaman menggunakan barang tersebut.