'Pasar Raya disaran turunkan harga barang'

Semua pasar raya besar di negara ini perlu mengambil pendekatan terbaik dengan menurunkan harga barangan sekali gus mampu mengurangkan beban ditanggung pengguna berikutan bencana alam yang berlaku di beberapa negara pengeluar.
Source: Harian Metro - 18 February 2011

Price cut campaign

MELAKA:Semua pasar raya besar di negara ini perlu mengambil pendekatan terbaik dengan menurunkan harga barangan sekali gus mampu mengurangkan beban ditanggung pengguna berikutan bencana alam yang berlaku di beberapa negara pengeluar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya mendapati berlaku peningkatan harga terutama barangan import sejak kebelakangan ini menyebabkan timbul kegelisahan di kalangan pengguna.Menurutnya, berikutan itu, sebagai fokus utama dalam Kempen Penurunan Harga, pihaknya berharap mendapat sokongan pasar raya besar lain dalam usaha membendung berlaku peningkatan harga barang.

Kementerian berharap semua pasar raya besar menurunkan harga pelbagai barang keperluan dijual di gedung masing-masing bagi membantu kerajaan meringankan beban perbelanjaan isi rumah. Saya yakin jika mereka dapat mengambil bahagian secara tidak langsung mampu membantu pengguna terhimpit dengan kenaikan harga barang yang dijangka berterusan,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kempen Penurunan Harga di Mydin Mall di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, dekat sini, semalam.