Pengarah Urusan MYDIN Holdings Terima Ijazah Kehormat UniRazak

Source: Utusan Malaysia - 23 October 2011

unirazak
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Dato’ Hj Ameer Ali Mydin dianugerahkan Ijazah Kehormat Pengurusan Perniagaan oleh Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) sempena konvokesyen ke-11 universiti itu. Anugerah disampaikan oleh Canselor Universiti, Tun Rahah Mohd. Noah yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Presiden dan Naib Canselor UNITAR, Profesor Datuk Dr. Md. Zabid Abdul Rashid berkata, penganugerahan ijazah tersebut merupakan satu pengiktirafan universiti terhadap jasa dan sumbangan besar Ameer Ali dalam bidang peruncitan. "Beliau berjaya mentransformasikan kedai MYDIN yang dulunya hanya sebuah kedai kecil di Kelantan tetapi sekarang sudah berjaya memiliki 95 cawangan di seluruh Semenanjung. "MYDIN turut berjaya menawarkan peluang pekerjaan kepada 7,000 rakyat tempatan yang merupakan satu pencapaian harus dicontohi oleh semua usahawan," katanya ketika berucap pada majlis konvokesyen tersebut. Pada konvokesyen sehari itu, seramai 2,148 graduan menerima 149 Ijazah Sarjana, 1,179 Ijazah Sarjana Muda dan 820 Diploma.