Peniaga di Merlimau diingat jangan naik harga

Para peniaga di Merlimau terutama yang menjual makanan, diingatkan supaya tidak menaikkan harga sepanjang kempen pilihan raya kecil di kawasan itu sehingga hari pengundian 6 Mac ini.
Source: Utusan Malaysia - 18 February 2011

Ismail Sabri

MELAKA - Para peniaga di Merlimau terutama yang menjual makanan, diingatkan supaya tidak menaikkan harga sepanjang kempen pilihan raya kecil di kawasan itu sehingga hari pengundian 6 Mac ini. Peringatan itu dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Sabri Yaakob yang turut mengarahkan tiga pengawai kementeriannya untuk turun padang ke kawasan itu bagi memantau perkara tersebut.

"Pengawai kementerian akan turun padang tiga kali sehari bagi memastikan keadaan terkawal dan peniaga yang melanggar peraturan akan diberi nasihat dan amaran, "Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Penurunan Harga di Pasar Raya Besar Mydin disini hari ini.Turut hadir, timbalannya, Datuk TAN Lian Hoe,Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Daud Tahir dan Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin. Mydin merupakan pemborong pertama menyahut seruan kementerian untuk menurunkan harga barang bagi tahun 2011 dengan menawarkan penurunan harga dari 10 hingga 30 peratus kepada 200 jenis barangan bermula hari ini.

Mengulas perkembangan itu, Ismail menggesa peniaga dan peruncit agar mengikut langkah pihak mydin bagi membantu kerajaan melaksanakan kempen menurunkan harga barang demi meringankan beban pengguna.Usaha itu,kata beliau, selaras dengan komitmen kerajaan yang sentiasa memberi perhatian terhadap keluhan masyarakat tentang isu kenaikan harga barang khususnya di kalangan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Walaupun situasi kenaikan harga barangan menjadi fenomena global,kerajaan tetap berusaha menarik kerjasama peniaga dan peruncit agar menurunkan harga barang mereka,"katanya.Menurut Ismail,kerajaan hanya mampu mengawal harga empat barang iaitu gandum,minyak,beras dan gula memandangkan kenaikan harga barangan tidak dapat dielak kerana ia dipengaruhi cuaca global.