Pilih Baju Raya

Source: Harian Metro - 17 August 2011

Bagi anak yatim yang terpaksa berdepan dugaan hidup pada usia masih mentah, tiada apa yang dapat menggembirakan mereka selain diraikan dengan menerima hadiah dan duit raya menjelang Aidilfitri. Untungnya di Malaysia, sudah menjadi resam masyarakat untuk berkongsi keriangan setiap kali tiba musim perayaan. Meneruskan tradisi ini,Ketua Pemuda Umno Bahagian Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan bersama isteri, Datin Rabiatul Adawiyah serta ahli jawatan-kuasa Umno bahagian, baru-baru ini meraikan 20 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash Shakur, Tasik Puteri, Rawang dengan membelikan golongan itu pakaian raya di pasar raya Mydin Selayang selain sumbangan duit raya RM100 seorang.
harian