Program Ibu Nakhoda Hidup

Pencarian diteruskan untuk merealisasikan impian ibu usahawan untuk perniagaan mereka berkembang dan berjaya.

Pencarian Ibu Nakhoda Hidup 2017 Bermula!

Program Ibu Nakhoda Hidup Poster

Program Ibu Nakhoda Hidup Kembali Untuk Tahun Ketiga!

Lengkapkan borang penyertaan ini sekarang untuk menyertai dan berpeluang mendapat bantuan dana Ibu Nakhoda Hidup bagi sesi 2017!

Syarat-syarat Penyertaan:

  1. Penyertaan Ibu Nakhoda Hidup 2017 hanya terbuka kepada golongan ibu sahaja.
  2. Peserta mesti merupakan pemilik utama perniagaan tersebut.
  3. Perniagaan mesti berusia sekurang-kurangnya satu tahun, berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  4. Tarikh Tutup Penyertaan ialah 30hb Mei 2017. Hanya penyertaan melalui pos akan diterima seminggu selepas tarikh tutup.
  5. Penyertaan yang disenarai-pendekkan akan ditemuramah oleh pihak WOMEN:girls sebelum finalis dipilih.
  6. Segala keputusan pemilihan adalah muktamad daripada pihak MYDIN, P&G Malaysia dan Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls).

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila whatsapp Cik Abby Latif di talian +6016 316 4521.

Cara-Cara untuk menghantar borang penyertaan:

Tangkap gambar dan whatsappkan kepada Abby Latif di talian +6016 316 4521 . Pastikan gambar terang dan penuh.
Emelkan maklumat yang dikehendaki di dalam borang kepada abbylatif@womengirls.org

Poskan kepada:

Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls)
Unit 1-1, Office Block, Pusat Kreatif Kanak-kanak Tuanku Bainun, No. 48, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 K. Lumpur.

Attachments

  • Sila muat turun dan hantarkan kepada abbylatif@womengirls.org atau poskan Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls)
  • Sila muat turun dan hantarkan kepada abbylatif@womengirls.org atau poskan Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls)