Program TUKAR bantu peruncit

Impian peruncit, Mohrimi Abu Kassim, 45, untuk memajukan perniagaannya tercapai apabila menerima bantuan perundingan pengubahsuaian kedai runcit dalam Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) baru – baru ini.
Source: Kosmo - 03 March 2011

tukar-krau

Kuala Krau - Impian peruncit, Mohrimi Abu Kassim, 45, untuk memajukan perniagaannya tercapai apabila menerima bantuan perundingan pengubahsuaian kedai runcit dalam Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) baru-baru ini.

Program dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu menyediakan khidmat nasihat selain membantu peniaga-peniaga melakukan pengubahsuaian kedai runcit mereka menjadi serba moden. Menurut Mohrimi, beliau mendapat khidmat nasihat untuk membuat permohonan pinjaman terlebih dahulu bagi mengembangkan perniagaan kedai runcit yang diusahakannya sejak lima tahun lalu di Manja Makmur, Simpang Peragap dekat Kerdau disini. Jelasnya lagi, pihak KPDNKK pula membantu dari segi khidmat nasihat pengurusan perniagaan runcit serta pengubahsuaian manakal kos ubah suai premis ditanggung sendiri oleh beliau.

Selepas permohonan pinjaman diluluskan pada Februari lalu, pihak KPDNKK bersama sebuah pasar raya besar membantu melakukan pengubahsuaian kedai menjadi serba moden yang mesra pelanggan.Usaha yang bersungguh-sungguh daripada KPDNKK untuk membantu peniaga luar Bandar seperti saya mengembangkan serta memodenkan perniagaan sangat dihargai,kata beliau semasa ditemui semalam.

Mohrimi merupakan salah seorang daripada 42 peruncit luar Bandar yang dipilih mengikuti program TUKAR di negeri ini. Program TUKAR dilancarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Rumpun Makmur dekat sini kelmarin bertujuan untuk membantu peruncit bersaing dalam persekitaran perniagaan runcit moden.

Tambah Mohrimi lagi, beliau turut menerima pelbagai khidmat nasihat termasuk pengurusan pusing ganti bekalan barangan runcit dan urus tadbir akaun bagi melancarkan perniagaan yang diusahakan itu. "Tanpa tunjuk ajar seperti ini, peniaga runcit kawasan luar bandar seperti saya mungkintidak akan tahu cara paling baik untuk mengurus dan memodenkan perniagaan",katanya.