Rahmat Ramadan

Source: Berita Harian - 15 August 2012

Kehadiran Ramadan memberi rahmat kepada 50 orang anak yatim Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) apabila diraikan dengan dibawa membeli-belah baju raya bersama-sama pemain bola sepak terkenal kebangsaan, Encik Safee Sali, di sini baru-baru ini. Seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Nur Ain Maruddin, 10 berkata, beliau dan rakan sangat teruja ketika diminta memilih pakaian mengikut pilihan warna dan cita rasa sendiri. “Ini bukan kali pertama kami menerima sumbangan seumpama ini tapi tahun ini sedikit berlainan kerana ditemani abang Safee yang membantu kami mendapatkan pakaian yang sesuai. “Kehadiran beliau bukan saja sekadar membantu, malah turut menceriakan suasana dengan sikapnya yang peramah dan mudah mesra’, katanya.

Syawal yang bermakna

news Bagi rakannya, Nabilatul Husna, 12 pula berkata, sambutan Syawal pada kali ini sangat bermakna kerana dapat bertemu dengan bintang bola sepak kegemarannya. “Selain itu, saya amat bersyukur kerana masih ada pihak yang sudi memberikan perhatian kepada golongan seperti kami dengan membeli persiapan menyambut hari raya. “Lawatan itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terbabit kerana meringankan beban kami dengan menyediakan pakaian baru untuk menyambut lebaran’. katanya.

Menyentuh hati

Program berkenaan ialah anjuran Mamee-Double Decker (M) berhad dengan kerjasama Pasar Raya Borong Mydin USJ memberi peluang kepada semua anak yatim itu membeli sepasang baju raya dan sehelai tudung mengikut pilihan masing-masing. Sementara itu, Encik Safee berkata, ini adalah kali pertama beliau meluangkan masa bersama anak yatim dan pengalaman ini menyentuh hatinya kerana mereka menyambut kedatangan Syawal tanpa keluarga di sisi. “ Saya sendiri tidak pernah menempuh pengalaman seperti mereka kerana sejak kecil segala persediaan raya tanpa ibu bapa. “Hal yang sama juga saya lakukan kepada anak-anak saya dan dengan ini inisiatif pihak Mamee melakukan usaha seumpama ini sedikit sebanyak dapat menceriakan adik-adik di RACTAR’, katanya.

Pengurus Penajaan dan Aktivasi Mamee, encik Sharszany Shahry Abu Shahriman berkata, programitu adalah inisiatif Mamee untuk membantu meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik menerusi misi tanggungjawab sosial syariat berkenaan. “Ia bertepatan dengan tema Ramadan pada tahun ini iaitu Eratkan Rasa Raikan Suasana dengan berkongsi keriangan melalui usaha seumpamanya ini”, katanya.