Sasar kumpul RM40,000

Source: Harian Metro - 23 November 2012

sasar kumpul SUBANG JAYA: Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) menyasarkan mengumpul sekurang-kurangnya RM40,000 untuk disalurkan kepada penduduk di semenanjung Gaza yang berdepan pencerobohan Regim Zionis. Justeru, bagi merealisasikan sasaran itu, POKB melancarkan Tabung Gaza POKB yang akan ditempatkan di 35 cawangan Pasaraya Mydin dan 220 cawangan Secret Recipe seluruh Malaysia bermula semalam. Pengerusi Tabung Gaza POKB, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir berkata, tabung itu diletakkan selama dua minggu dan memohon orang ramai menghulur bantuan bagi membantu penduduk Gaza. Katanya, sehingga kini, jumlah dikumpul hasil sumbangan syarikat serta orang perseorangan ialah RM13,000 dan menjangka lebih banyak syarikat akan menderma. Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akuan Maybank 512718102982 atas nama Persatuan Orang Kota Bharu