Sumbangan Penyeri 1 Syawal

sumbangan penyeri 1 syawal
Subang Jaya: "Kami tidak mampu memenuhi semua keperluan penghuni, jadi dengan adanya sumbangan seperti ini kami dapat melihat anak-anak tersenyum dengan gembira bagi menyambut syawal tahun ini," kata Nurazuana Abdullah, 45, wakil Pusat Jagaan Baitul Hidayah (PJBH).

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Litrak atas keprihatinan ini dan kami rasa sangat dihargai," katanya ketika ditemui Harian Metro.Seramai 30 orang penghuni PJBH dirai dalam program membeli-belah oleh kumpulan Litrak di Pasaraya Mydin USJ, Subang Jaya, semalam.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Litrak, Sazally Saidi berkata, program ini adalah sebahagian daripada program tanggungjawab korporat Kumpulan Litrak dan menjadi semangat untuk memperkukuhkan komitmen kesemua tenaga kerja.Program ini sudah diadakan tiga tahun oelh Litrak untuk rumah-rumah kebajikan sekita Lembah Klang yang terpilih akan dibawa membeli belah untuk kelengkapan Aidilfitri," katanya.