Syabas bersama anak yatim di Mydin

Syabas bersama anak yatim

Shah Alam-Seramai 27 kanak-kanak daripada Rumah Anak Yatim Tengku Ampuan Rahimah diraikan dalam program Sebening Kasih Aidilfitri anjuran Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Wilayan Petaling di Mydin USJ 1, Subang,semalam.

Pengarah Eksekutif, Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, program tahunan itu dilaksanakan di 10 cawangan Syabas secara berasingan.Menurutnya, RM100 diperuntukkan setiap seorang anak yatim untuk membeli kelengkapan perayaan mengikut pilihan sndiri di bawah kelolaan 15 kakitangan Syabas.

"Syabas berharap melalui bantuan yang diberikan dapat mewujudkan keceriaan dalam kalangan anak-anak yatim dan juga berkongsi kegembiraan sepanjang Ramadhan dan Aidilfitri."Untuk kakitangan Syabas pula diharapkan dapat memupuk siakp peka dengan situasi sekitar dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan masyarakat.Difahamkan, selain Sebenng Kasih Aidilifitri, Syabas turut mengadakan program Bijak Fakir iaitu menjejaki keluarga yang tidak berkemampuan daerah Petaling untuk dibekalkan dengan keperluan asas seperti beras, tepung dan gula.Sumbangan keperluan itu telah diserahkan minggu lalu kepada lapan keluarga kurang mampu yang terlibat.