Tarik pelaburan RM2.26 bilion.

Kerajaan perkenal Sembilan projek baru Program Transformasi Ekonomi
Source: Kosmo - 09 March 2011
NAJIB TUN RAZAK (tengah,barisan belakang) bergambar bersama Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang terlibat dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Kuala Lumpur semalam.

Kuala Lumpur - Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) mengumumkan sembilan lagi projek baru di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang bakal menarik pelaburan berjumlah RM2.26 bilion.Perdana Menteri berkata, pada masa yang sama, projek tersebut mampu menjimatkan dan menjana RM11.71 bilion dalam Pendapatan Negara Kasar (PNK) menjelang 2020.Antara projek itu ialah meningkatkan kemudaha pelancongan di Pulau Pangkor, memajukan system pengairan, meningkatkan pengeluaran padi dan menambah pendapatan petani.

Ia juga melibatkan pananaman beras wangi, projek-projek penjagaan kesihatan, nilai tambah huluan produk kelapa sawit serta kawasan tenaga diperbaharui ni Nilai termasuk kemudahan tenaga solar dan biogas.Projek-projek ini mrupakan bukti yang program (ETP) kekal pada tahap yang tinggi,kata beliau semasamengumumkan perkembangan terkini program itu di sini semalam.Najib berkata, ETP kini mempunyai kesan pemangkin ketara terhadap ekonomi sebagaimana yang dilihat daripada komitmen pelaburan daripada Projek Permulaan (EPP) dan asas projek serta kenaikan yang dijangka dalam pendapatan sebenar.Sembilan projek itu digabungkan dengan 11 projek yang sebelum ini diumumkan Najib, yang juga Menteri Kewangan, akan menghasilkan RM14.74 bilion dalam pelaburan. Ia juga menghasilkan RM20 bilion dalam PNK dan 88,354 lagi peluang pekerjaan.Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed.-Bernama