TUKAR ke Peruncitan Moden

Peluang terbuka luas kepada koperasi atau peniaga runcit yang mahu bergiat aktif dalam peruncitan moden.
Source: Utusan Malaysia - 26 February 2011

Peluang terbuka luas kepada koperasi atau peniaga runcit yang mahu bergiat aktif dalam peruncitan moden.Itu adalah sebahagian matlamat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan apabila melancarkan Projek Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dalam sektor Pemborongan dan Peruncitan di Johor baru-baru ini.

Ia merupakan salah satu daripada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Menurut menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, program TUKAR akan membantu menaiktaraf kedai runcit sedia ada, termasuk milik koperasi kepada yang lebih moden dan seragam. Dalam aspek ini, sejumlah 500 kedai runcit traditional milik koperasi yang dikenal pasti diseluruh Negara akan dimodenkan menerusi pelaksanaan TUKAR. Ismail Sabri memberitahu, kedai runcit terpilih itu merupakan kumpulan perintis sebelum bilangannya ditambah menjadi 5,000 menjelang 2020. Langkah terbabit bertujuan memodenkan kedai runcit berkenaan bagi meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif, sekali gus pelaksanaannya dijangka dapat menyumbang kepada Pendapatan Negara Kasar sebanyak RM 5.56 billion serta mewujudkan 51,540 peluang pekerjaan menjelang 2020.

Mydin, Carrefour dan Tesco akan berperanan sebagai perunding pelaksanaan projek TUKAR.Ketiga -tiga pengendali pasar raya besar ini akan membantu peruncit tradisional dalam bidang khidmat nasihat pemodenan, penyediaan pelan latihan peruncitan dan sebagainya. Ini adalah sebahagian sumbangan syarikat terbabit dalam memenuhi tanggungjawab social korporat untuk membangunkan sektor pemborongan dan peruncitan tempatan,katanya pada pelancaran program TUKAR di Segamat.

utusan malaysia Sempena pelancaran, beliau turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) perundingan program TUKAR antara KPDNKK dengan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Magnificient Diagraph Sdn. Bhd. (Carrefour) dan Tesco Store Malaysia) Sdn. Bhd. (Tesco). KPDNKK diwakili Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd Zain Mohd Dom manakala Pengarah Urusan Mydin, Datuk Haji Ameer Ali; Ketua Pegawai Kewangan Carrefour, Cedic Bouvet dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesco, Tjeerd Jegen menandatangani bagi pihak syarikat masing – masing.

Pada majlis sama, Perjanjian Pembiayaan Projek TUKAR dan Pemodenan Bengkel Automotif turut dimeterai dengan Bank Rakyat. Kementerian diwakili Mohd Zain manakala Bank Rakyat oleh Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat dan Pemangku Penolong Pengurus Besar Perancangan Strategik, Zulkarnain Taman. Menurut Ismail SABRI, Bank Rakyat akan menyediakan pinjaman kepada pemilik kedai runcit yang menyertai projek TUKAR dengan jumlah pinjaman antara RM 20,000 dan RM 60,000. Jelas beliau , terdapat criteria tertentu sebelum pemilik kedai runcit dapat menyertai projek tersebut dan pelaksanaannya hanya akan membabitkan peruncit koperasi sedia ada. TUKAR bermakna bukan sahaja dari segi susun atur, malah sistem pengurusan , akaun dan membentuk tingkah laku yang lebih professional dalam menguruskan kedai dan sebagainya,” katanya. Ismail Sabri berkata,selain tiga pengendali itu, mana – mana pasar raya besar yang berminat untuk terlibat dalam projek itu boleh menyertainya.

INFO Program TUKAR

Objektif

Memberikan peluang kepada koperasi dan peniaga runcit yang lain untuk bergiat aktif dalam peruncitan moden.

Memberi pendedahan kepada koperasi pemilik kedai runcit mengenai selok belok perniagaan dan mengaplikasi kaedah pengurusan dan operasi yang teratur dan sistematik

Membentuk keseragaman jenama, susun atur produk, sistem yang berintegrasi dan pemilihan produk yang sesuai.