Wang Kertas Baru Mula Diguna

Source: Berita Harian - 17 July 2012

SUBANG JAYA: Wang kertas siri baru, termasuk RM20 yang diperkenalkan semula dengan ciri keselamatan labih canggih mula digunakan mulai semalam. Wang kertas siri baru RM1, RM5, RM10, RM20, dan RM100 itu berciri corak budaya, warisan serta keindahan semula jadi bagi mengetengahkan identiti Malaysia.

bh Mengikut kenyataan Bank Negara Malaysia semua wang kertas baru itu direka menggunakan teknologi terkini, termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel serta angka. Golongan cacat penglihatan boleh menggunakan ciri khusus khas yang direka bagi memudahkan mereka mengenalpasti dan membezakan setiap wang kertas melalui sentuhan.

Bank Negara mengingatkan semua pihak berkaitan supaya mempercepatkan pengubahsuaian mesin mereka agar dapat menerima wang kertas siri baru itu bagi memudahkan urus niaga orang ramai.

Wang Kertas Siri Baharu

  • RM1 bercirikan Wau Bulan
  • RM5 bercirikan Burung Enggang Badak
  • RM10 bercirikan Bunga Rafflesia
  • RM20 bercirikan Penyu Karah dan Penyu Belimbing
  • RM100 bercirikan Gunung Kinabalu, Sabah dan Lembah Gunung Api, Sarawak

Ciri Keselamatan

  • Imej tanda bayang
  • Tingkap pandang telus
  • Potret tera air
  • Benang keselamatan dengan warna berubah-ubah
  • Bahang kanta mikro
  • Tanda pandang telus
  • Petak kilat berwarna