ext2 ext3 ext4
Pilih bahasa anda:
B.INGGERIS | B.MALAYSIA
Main  > Ganjaran Meriah  >  Terma dan Syarat Peraturan


 

 

 

SYARAT & PERATURAN

PENGENALAN

  1. Program Ganjaran Meriah MYDIN dioperasi dan dimiliki MYDIN Mohamed Holdings Bhd (MYDIN).
  2. Program ini membenarkan ahli berdaftar mengumpul mata apabila membuat pembelian di MYDIN dan seterusnya menggunakan mata tersebut untuk menebus ganjaran dan menikmati ganjaran dari Katalog Penebusan dari CLS atau dari Kaunter Perkhidmatan Pelanggan.
KEAHLIAN
  1. Anda mestilah ahli yang sah untuk menyertai program ini. Sebagai ahli, anda mesti melengkapkan, menandatangani dan mengembalikan borang pendaftaran program. Mydin berhak menolak atau menerima mana-mana keahlian untuk program ini.
  2. Permohonan dibuka kepada semua warganegara Malaysia serta warganegara asing berusia 18 tahun ke atas untuk kad utama dan 13 tahun ke atas untuk kad tambahan.
PENGENALAN KEAHLIAN RASMI 
  1. Anda boleh menjadi ahli dengan melengkapkan dan menandatangani borang permohonan program. Kad Meriah bukan kad kredit, kad caj, atau kad diskaun. Ia tidak boleh diberi atau dipindah milik dan khas untuk kegunaan Ahli sahaja.
  2. Keahlian anda akan diaktifkan sebaik sahaja anda menggunakan Kad Meriah buat kali pertama dan mendapat mata. Anda dianggap telah menerima dan bersetuju untuk mematuhi Syarat & Peraturan   Program apabila menggunakan kad buat kali pertama.
  3. Hanya satu (1) keahlian Ganjaran Meriah sah untuk setiap pemohonan.
  4. Ahli-ahli mesti mengemaskinikan alamat dan butiran peribadi yang lain di dalam rekod MYDIN. MYDIN tidak bertanggungjawab untuk mana-mana kehilangan data atau informasi atau mana-mana kerugian yang mungkin ditanggung oleh mana-mana ahli akibat kegagalan sistem rekod MYDIN atau atas apa jua sebab. Pemegang kad tambahan tidak boleh membuat apa jua perubahan kepada butiran pemegang kad utama.
  5. ‘Promoter’ tidak dibenarkan mengguna mana-mana pengenalan keahlian sepanjang waktu kerja atau untuk belian pelanggan sama sekali.
  6. Kad Meriah diterima disemua cawangan MYDIN, MyMydin dan MYDIN Mart, dan ianya merupakan hak eksklusif MYDIN. Sebagai pemilik program, MYDIN berhak menarik balik atau membatalkan keahlian jika Ahli gagal mematuhi mana-mana Syarat & Peraturan ini. MYDIN berhak membatalkan semua mata yang dikumpul berhubung dengan akaun Ahli terbabit dan/atau menolak penebusan yang dibuat oleh Ahli dengan mata terakru.
  7. Ahli mestilah memaklumkan MYDIN tentang kad yang dicuri atau hilang dengan mengunjungi kaunter Perkhidmatan Pelanggan dengan segera di cawangan MYDIN berkenaan sepanjang waktu perniagaan.
  8. Pembaharuan kad adalah dasar tahunan. Contohnya, keahlian untuk ahli yang mendaftar 15 Mac 2007 sah sehingga 31 Mac 2008. Yuran pembaharuan boleh dibuat secara tunai.
  9. Jika Kad Meriah dicuri, hilang atau rosak, bayaran untuk mendapatkan Kad Meriah yang baru adalah sebanyak RM5. Kad baru hanya boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan MYDIN dan tidak akan dipos. 
  10. Andainya kad tamat tempoh atau dibatalkan, semua mata ganjaran akan dianggap tidak sah sehinggalah keahlian diperbaharui.
  11. MYDIN tidak bertanggungjawab untuk sebarang kelewatan dalam menggantikan kad yang hilang atau dicuri, atau perutusan yang lewat atau hilang, sama ada di dalam mel atau sebaliknya untuk apa jua kehilangan serupa.
  12. Ahli kad utama berhak membatalkan kad tambahan.
  13. Semua Ahli bertanggungjawab memperbaharui keahlian dimana-mana kaunter Perkhimatan Pelanggan. 
  14. Keahlian kad tambahan akan mempunyai tarikh tamat tempoh yang sama dengan kad utama tanpa mengambil kira tarikh permohonan kad tambahan.
  15. Ahli mesti mengemukakan pengenalan keahlian Kad Meriah kepada juruwang sebelum setiap transaksi untuk memastikan jumlah perbelanjaan akan dikreditkan ke dalam akaun untuk pengiraan mata.
  16. Semua surat-menyurat akan dialamatkan kepada ahli kad utama sahaja.
  17. MYDIN berhak menggunakan maklumat dan data untuk tujuan promosi serta pemasaran. 

MATA 

  1. Untuk setiap RM1 bersih yang dibelanjakan, 1 mata Ganjaran MYDIN akan diberi.
  2. Mata MYDIN akan tamat tempoh 3 tahun dari tahun mata dikumpul. Contohnya:  mata untuk belian yang dibuat pada tahun 2007 adalah sah hingga 31 Disember 2010.
  3. Barangan berikut tidak sah untuk pengiraan mata:
     - Belian baucer hadiah MYDIN.
     - Caj penghantaran.
     - Caj pembaikan & perkhidmatan.
     - Duti setem dan faedah Bayaran Ansuran.
    Belian dari kedai penyewa.
  4. Mata tiada nilai tunai dan tidak boleh ditukar atau ditebus untuk wang tunai.
  5. Mata yang terkumpul tidak bolah dipindah milik, dijual atau diberi kepada orang lain.
  6. Mata untuk belian yang dibuat oleh ahli kad tambahan akan dikreditkan kepada akaun Ahli  kad utama.
  7. MYDIN berhak merombak atau mengubah struktur mata atau syarat, selain menggantikan barangan dengan barangan lain yang sama nilai tanpa notis terlebih dahulu.
  8. MYDIN berhak menolak baki matat terkumpul Ahli jika : 
     - Didapati mata disyaki dikumpul secara tidak sah.
     - Didapati tersilap dicatatkan.
     - Sesuatu transaksi telah dibatalkan atau dipulangkan wang.
  9. Ahli bertanggungjawab menyemak baki/tarikh tamat tempoh mata terkumpul sepanjang waktu. perniagaan dengan:
     - Menghubungi talian Perkhidmatan Ahli Meriah di 03-27730855 atau Fax: 03-2780 6188
     - Melayari laman web program Ganjaran Meriah Mydin di www.mydin.com.my
     - Mengunjungi kaunter Khidmat Pelanggan di mana-mana cawangan MYDIN. Masa operasi talian 
       segera perkhidmatan ahli:
       ISNIN - JUMAAT : 9.00am - 6.00pm
                  SABTU   : 9.00am - 1.00pm
         AHAD & CUTI UMUM : TUTUP  
       

AM 

  1. Jika :
     - Anda gagal mematuhi mana-mana Syarat & Peraturan ini (yang merangkumi mana-
       mana
     tambahan atau perubahan seterusnya; atau
     - MYDIN mensyaki mata dikumpul secara tidak sah atau tersilap dicatatkan atau budi bicaranya
       membatalkan keahlian anda ta
    npa notis terlebih dahulu dan sebaik sahaja keahlian dibatalkan,
       semua mata terkumpul adalah tidak sah dan tidak 
    boleh ditebus untuk Ganjaran.
  2. Keahlian dalam Program dan semua keistimewaan berkaitan diberi atas budi bicara mutlak MYDIN. MYDIN berhak dari semasa ke semasa untuk menolak, menggantung atau mengubah aspek-aspek Syarat & Peraturan ini, dengan atau tanpa notis kepada Ahli, di mana perubahan ini mungkin memberi kesan   kepada nilai mata yang sudah terkumpul.
  3. MYDIN berhak menggantung atau menghentikan Program ini pada bila-bila masa difikirkan perlu.
  4. MYDIN berhak dan boleh mengikut budi bicaranya menolak pengeluaran atau menarik balik kad Meriah pada bila-bila masa atau membatalkan keahlian tanpa notis terlebih dahulu. 
  5. Tanpa mengambil kira apa jua yang tersurat atau tersirat, Ahli-ahli tidak bolah membuat tuntutan atau permintaan dalam apa jua bentuk terhadap MYDIN Mohamed Holdings Bhd. atau untuk berhubung dengan Program dan keahliannya atau sebaliknya berhubung dengan apa jua yang dilakukan oleh MYDIN atau berhubung dengan Program ini.
  6. MYDIN berhak untuk tidak menghantar apa jua mel, penyata Mata,bahan-bahan Program (yang merangkumi tetapi tidak terhad kepada katalog) atau komunikasi bertulis kepada Ahli yang tidak memenuhi frekuensi transaksi minima/atau criteria minima sepertiyang ditetapkan oleh MYDIN.
  7. Apa jua notis, komunikasi, ringkasan atau lain-lain bahan Program yang harus diberi mengikut Syarat & Peraturan ini akan dihantar kepada Ahli menerusi pos biasa ke alamat surat-menyurat yang diberi dalam rekod MYDIN dan akan dianggap telah sampai lima (5) hari bekerja dari tarikh ia diposkan. Ahli bertanggungjawab memberitahu MYDIN berhubung sebarang perubahan nama dan alamat.
  8. Program dan Syarat & Peraturan ini dikuasai dan akan dianggap menepati undang-undang Malaysia.
  9. Andainya berlaku ketidakseragaman di antara versi bahasa berlainan untuk Syarat & Peraturan dan bahan-bahan berkaitan, maka Bahasa Inggeris akan diutamakan.
  10. Semua usaha telah diambil untuk memastikan maklumat yang diberi kepada Ahli adalah tepat. MYDIN tidak boleh dipertanggungjawab untuk apa jua ketidaktepatan atau kesilapan dalam penjelasan atau maklumat berhubung Program serta Syarat & Peraturan ini.
  11. MYDIN berhak meminda Syarat & Peraturan  ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

             Klik DI SINI untuk muat turun Borang Permohonan MYDIN Kad Meriah

 

>Kembali ke halaman utama MERIAH    

 

© Copyright 2007. All rights reserved. Powered by