ext2 ext3 ext4
Pilih bahasa anda:
B.INGGERIS | B.MALAYSIA
Main  >  Peluang Kerjaya











Kami merupakan rangkaian perniagaan borong dan peruncitan terbesar tempatan yang mempunyai 47 cawangan antaranya pasar raya hiper, pasar mini, kedai serbaneka 24 jam, francais serta emporium di seluruh semenanjung Malaysia. Seiring dengan perkembangan pesat syarikat dan pembukaan lebih banyak cawangan, kami menjemput calon-calon yang berdedikasi dan dinamik untuk mengisi jawatan-jawatan seperti di bawah:

Sila klik DI SINI untuk TEMUDUGA TERBUKA

PENGURUS OPERASI/PENOLONG PENGURUS
Lokasi: Pelbagai Cawangan

Ijazah atau diploma dalam apa-apa bidang..
Berpengalaman dalam pengurusan operasi sekurang-kurangnya 5 tahun. Keutamaan diberi kepada calon-calon yang pengalaman   
  dalam bidang peruncitan dan borong.
Berpengalaman dalam pengurusan seharian operasi di cawangan/ jabatan yang meliputi aspek pengiraan keuntungan, sales
  turnover
, pameran produk, khidmat pelanggan, inventori, pemasaran dan promosi serta bidang-bidang lain yang berkaitan.


EKSEKUTIF PLANOGRAM

Lokasi: HQ USJ, SUBANG JAYA

Ijazah atau diploma dalam apa-apa bidang
Berpengalaman sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun dalam "merchandising in retail industry atau FMCG"
Berpengalaman menggunakan software Spaceman Acnielsen diberi keutamaan
• Bertindak sebagai "liaison" antara ibupejabat dan cawangan
Boleh bekerja di cawangan lain di luar kawasan sekiranya diminta


IT ERP Application Support
Lokasi: Ibu Pejabat USJ, Subang Jaya

Fungsi:
• Menjadi sebahagian kumpulan sokongan dan pembahagian aplikasi (application deployment).
• Berperanan sebagai pakar dalam dokumen projek-projek IT.
 
Kelayakan:
• Diploma/ Ijazah dalam Pengajian Komputer atau bidang yang berkaitan
• Lepasan Graduan digalakkan memohon (berumur antara 22 hingga 27 tahun)
• Berpengetahuan luas dalam sistem operasi Windows 200/XP/ Vista dan aplikasi pejabat seperti Microsoft Office 2003/2007
• Fasih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Kebolehan dokumentasi dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris
• Berpengalaman dalam perakaunan, pengedaran, pembuatan atau persekitaran perniagaan merupakan satu kelebihan.
• Boleh bekerja dalam kumpulan serta mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik
• Bermotivasi dan sedia bekerja keras
• Sanggup bekerja di luar kawasan dan mempunyai kenderaan sendiri
• Mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah, komited, boleh bekerja di bawah tekanan seta boleh bekerja dengan pengawasan  
  yang minimum.



IT POS Application Suport
Lokasi: Ibu Pejabat USJ, Subang Jaya

Diploma/ Diploma Lanjutan dalam Pengajian Komputer/IT/Perkomputeran/Sistem Komputer/ Perniagaan IT

Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun (lepasan graduan dialu-alukan)
Berumur antara 22 hingga 28 tahun
Berpengetahuan dalam sistem operasi Windows (XP,VISTA,WIN 2003 SERVER, WIN 2008 SERVER)
Mempunyai pengetahuan asas dalam pangkalan data MY SQL adalah satu kelebihan
Boleh mengendalikan komputer, perisian dan mengurus aplikasi perisian
• Boleh membuat maklumat pendua (data back up) dan penyelenggaraan pelayan (maintenance server)
Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dan boleh berinteraksi dengan orang ramai daripada pelbagai latar belakang
Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik
Warganegara Malaysia


EKSEKUTIF AKAUN
Lokasi: Ibu Pejabat USJ, Subang Jaya

Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perakaunan/ kelulusan profesional ACCA atau CIMA
Berpengalaman selama 3 hingga 5 tahun dalam pengurusan akaun lengkap
Pemohon yang mempunyai Diploma LCCI dan berpengalaman digalakkan memohon
Mempunyai kemahiran mengurus dan boleh menyiapkan kerja sebelum tarikh akhir sesuatu tugasan
• Bertanggungjawab, matang, bermotivasi dan boleh bekerja di bawah pengawasan minimum
Mahir dalam penggunaan aplikasi Microsoft Excel


EKSEKUTIF AKAUN JUNIOR
Lokasi: Ibu Pejabat USJ, Subang Jaya

Diploma Perakaunan/ kelayakan yang setaraf dalam ACCA atau CIMA
Berpengalaman selama 2 hingga 4 tahun dan pernah menguruskan akaun lengkap
Pemohon yang mempunyai Diploma LCCI serta pengalaman yang mencukupi digalakkan memohon


PEMBANTU AKAUN SENIOR
Lokasi: Ibu Pejabat USJ, Subang Jaya

Diploma Perakaunan / kelayakan setaraf dalam ACCA atau CIMA
Berpengalaman 1 hingga 2 tahun dalam menguruskan akaun lengkap


PENULIS LAPORAN/PENGATURCARA
Lokasi: Ibu Pejabat USJ, Subang Jaya

Pemegang Diploma Pengajian Komputer atau setaraf
Minimum 1 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
Mahir dalam Visual Studio.,et, ASP.NET, C#, Reporting Service, Crystal Report 8.0 dan ke atas dan Web Service
Mempunyai pengalaman dalam pangkalan data seperti Microsoft SQL Server, Mysql, Oracle
Pengalaman dalam bidang perakaunan, pengedaran, pembuatan atau persekitaran perniagaan merupakan satu kelebihan
Must be able to independently system/report design, code and test individual features as well as work jointly with other team
  members to deliver complex changes.
Menyediakan dan mereka bentuk laporan  menggunakan Reporting Services tool daripada Microsoft dan Crystal Report daripada 
  Segate


PELATIH PENGURUSAN
Location: Ibu Pejabat USJ, Subang Jaya dan pelbagai cawangan

Ijazah Sarjana Muda daripada apa-apa bidang dengan pengalaman selama 3 hingga 5 tahun dalam industri peruncitan
Lepasan graduan digalakkan memohon
Selepas menamatkan tempoh latihan formal, pelatih akan diserapkan ke divisyen, jabatan dan lokasi berbeza dalam syarikat

PEMBANTU EKSEKUTIF OPERASI/EKSEKUTIF OPERASI
Lokasi: Ibu Pejabat USJ, Subang Jaya, Mydin Melaka Bazaar dan Hypermarket baru yang akan dibuka

Diploma / Ijazah Sarjana Muda dari apa-apa bidang dengan pengalaman sekurang-kurangnya 3 hingga 5 tahun dalam industri
  peruncitan


KELAYAKAN UNTUK SEMUA JAWATAN

• Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
• Sanggup bekerja di bawah jadual yang ketat dan berdikari serta mampu bekerja sebagai satu pasukan.
• Bermotivasi serta mempunyai integriti yang tinggi, proaktif, bersungguh-sungguh dan matang serta memiliki kemahiran
  interpersonal dan komunikasi yang baik.
• Mempunyai personaliti yang tersendiri serta boleh berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat.
• Berpengetahuan dalam komputer kepada pemohon yang memohon jawatan yang berkaitan


Untuk semua jawatan sila hantar/e-mel resume yang lengkap termasuk pengalaman bekerja, gaji terkini dan gaji yang dipohon, nombor untuk dihubungi dan gambar terkini bersaiz passport kepada:-

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
Mydin Mohamed Holdings Berhad,
Lot 675 & 676 Persiaran Subang Permai,
USJ 1 47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Email: recruitment.hq@mydin.com


Sila nyatakan jawatan yang dipohon di atas sebalah kiri sampul surat. Hanya pemohon yang terpilih akan dihubungi. Pemohon juga boleh menghubungi kami untuk temujanji temuduga ditalian : 03- 8073 6000 ext 7068 (Ms Josephine)


© Copyright 2007. All rights reserved. Powered by