|
Membangunkan sekumpulan pengusaha kecil dan sederhana (EKS) dalam persekitaran yang menggalakkan persaingan merupakan tujuan utama ke arah mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan. EKS amat penting kepada proses pertumbuhan ekonomi dan memainkan peranan yang penting dalam jaringan pengeluaran negara secara keseluruhan.
MYDIN aktif membantu dan mendidik usahawan EKS dan sentiasa melakukan aktiviti promosi untuk membantu pemasaran produk SME dari masa ke semasa. Ruangan khas telah diperuntukkan di MYDIN Mall USJ umpamanya, menempatkan produk-produk tempatan daripada semua negeri di seluruh Malaysia.
Kempen "Produk Malaysia, Citarasa Kita" sebagai contoh, merupakan kerjasama yang dijalankan antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan MYDIN. Ia merupakan sebahagian inisiatif pihak kementerian dalam menyediakan platform kepada usahawan EKS untuk memperkenal dan mempromosikan produk mereka kepada orang ramai.
|