ext2 ext3 ext4
Pilih bahasa anda:
B.INGGERIS | B.MALAYSIA
Main  > Profil Syarikat  >  Sejarah











MYDIN diasakan oleh Tuan Mydin Mohamed pada tahun 1956. Kedai pertama beliau di Kota Bharu, Kelantan memulakan perniagaan menjual alat permainan yang diimport dari Thailand. Cawangan kedua ditubuhkan di Kuala Terengganu pada 1979 dan diuruskan oleh anak lelaki sulung Tuan Mydin iaitu Encik Murad Ali. Dalam masa kurang daripada 10 tahun, cawangan ketiga MYDIN yang juga permulaan kepada perniagaan keluarga ini bertapak di Lembah Kelang telah dibuka di Jalan Masjid India oleh Dato’ Ameer Ali iaitu anak kedua Tuan Mydin.

Bertitik tolak daripada pembukaan cawangan tersebut, MYDIN telah berkembang dengan pesat dan stabil. Menerusi visi untuk menjadi peneraju Pasaraya Borong di Malaysia, MYDIN telah beberapa kali menukar nama syarikat sehinggalah MYDIN MOHAMED HOLDINGS BERHAD ditubuhkan.

Sejak penubuhan ibu pejabatnya pada tahun 1991 di WISMA MYDIN di Jalan Masjid India, Lembaga Pengarah MYDIN telah berusaha gigih ke arah merealisasikan misi dan visi syarikat yang akhirnya menyaksikan MYDIN berkembang kepada 47 cawangan di seluruh negara yang merangkumi 3 buah Pasaraya Besar, 19 emporium, 2 Bazaar, 14 pasar mini (MyMydin), 5 kedai serbaneka (MyMart) dan 5 Mydin Mart yang juga merupakan cawangan MYDIN di bawah program francais.

Dengan kepercayaan bahawa usaha keras, semangat kerja berpasukan serta hubungan dengan pelanggan yang baik akan membuahkan hasil yang menguntungkan, MYDIN telah membuka Pasaraya Hyper Borong MYDIN di USJ 1, Subang Jaya yang merupakan pasaraya borong terbesar di Malaysia pada tanggal 19 Ogos 2006. Namun, MYDIN tidak leka malah terus berusaha memajukan rangkaian perniagaannya berpandukan visi syarikat dan budaya organisasi yang telah menjadi sebahagian daripada cara bekerja kakitangannya.

 

 

© Copyright 2007. All rights reserved. Powered by